Maklumat Resepi

Durian Cheesecake

Durian Cheesecake

Untuk peminat cheese dan hantu durian, jom kita kawinkan kedua dua bahan ni jadikan 1 dessert yang premium dan mantap hasilnya kalah restoran 5 bintang. Che Nom akan share resepi durian cheesecake versi non-bake yang berlemak creamy dan kaya dengan isi durian. Sekali makan rasa macam ice cream pon ada. Dan nak buatnya tak susah.

Kita mulakan dengan penyediaan lapisan base daripada biskut dan butter. Kemudian adun pulak semua bahan untuk lapisa cheese menggunakan cream cheese dari Anchor dan isi durian fresh. Tambah jugak whipping cream untuk rasa macam ice cream dan sejukkan dalam chiller semalaman untuk setkan adunan dan juga untuk biar semua rasa sebati.

Rasa cheesecake durian ni tak terlalu manis dan tak muak bila makan. Lapisan biskut pon rangup-rangup haa cukup lah untuk pelengkap rasa. Kalau nak hidangkan kepada tetamu kita boleh sediakan awal-awal. Kalau kita simpan dalam freezer tu lama tahannya, nak makan tukar masuk chiller sampai lembut dan hidang.

Bahan-bahan:

  • 1/3 ketul / 75g Anchor mentega unsalted atau salted
  • 140g biskut
  • 500g Anchor Cream Cheese
  • 1 cwn / 260g isi durian
  • 150g gula kastor
  • 2 sb susu pekat
  • 150ml Anchor Whipping Cream

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk lapisan biskut:
    1. Gris nipis loyang (9 inci Loyang springform) dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
    2. Panaskan butter sampai cair.
    3. Kisar halus biskut kemudian gaul dengan butter cair.
    4. Tuang masuk adunan biskut dalam loyang. Ratakan dan tekan dengan sudu biar mendap.
    5. Sejukkan dalam peti sejuk sementara kita buat adunan cheese durian.
  2. Cara-cara untuk lapisan cheese durian:
    1. Asingkan isi dan biji durian.
    2. Potong cream cheese ni kepada kiub kecil supaya mudah lembut.
    3. Kisar halus cream cheese, isi durian, gula kastor dan susu pekat.
    4. Pukul whipping cream sampai kental.
    5. Gabung adunan cream cheese durian dan whipping cream.
    6. Keluarkan balik loyang tadi dan tuang masuk adunan cheese durian.
    7. Ratakan permukaan dan tutup dengan plastic wrap.
    8. Simpan semalaman dalam peti sejuk sebelum hidang.

Tip:

  • Kalau boleh masa asingkan isi durian jangan guna direct sentuhan dengan tangan sebab kek ni versi no bake, takut mudah basi pulak. Pakai sudu garfu atau plastic glove untuk asingkan isi.
  • Whipping cream kena betul-betul sejuk sebelum pukul baru mudah nak kental.
  • Kalau nak kek lebih stabil dan nak hidang lama dekat luar, boleh tambah serbuk gelatin yang dilarutkan dengan air panas.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: