Maklumat Resepi

Mee Goreng Telur

Mee Goreng Telur

Kali jom kita masak menu yang sesuai sangat untuk sesiapa yang tengah busy tu atau yang sesuai dimasak oleh adik-adik dapur bujang haa inilah dia mee goreng telur versi yang simple tapi bukan main sedap rasanya. Nak nak tengah lapar kan, malas nak keluar ha jomlah masak mee goreng telur 1 pek 450g ni lepas dah masak cukup la untuk 4-5 orang makan macam tu, kalau makan banyak tak cukup lah.

Hidangan ni sumber protein utama adalah dari telur lah kan, mee pulak sumber karbohidrat dan yang paling penting untuk balance nutrisi dan ada kandungan fiber kita kena letak banyak sayur barulah seimbang. Makan pulak panas-panas, perah jus limau nipis fuh terbaik.

Bahan-bahan:

  • 1 pek / 450g mi kuning
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 3 sb cili kisar
  • 2 sb sos tiram
  • 3 sb sos tomato
  • 1/4 cwn sos cili
  • Kicap manis secukupnya
  • 1 sb kicap pekat karamel
  • 2-3 biji telur
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sb serbuk seasoning
  • Sayur sawi
  • Taugeh
  • 1 sk lada sulah
  • Sedikit air, untuk mee basah
  • Limau nipis
  • Timun

Cara Penyediaan:

  1. Hiris nipis bawang putih dan bawang merah.
  2. Potong kasar tomato dan sayur sawi.
  3. Bilas sikit mee kuning biar hilang bau kapur.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai kekuningan.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sampai garing.
  6. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap pekat manis dan batang sawi.
  7. Bila dah layu, masukkan telur dan biarkan telur set dan keras sikit baru kita godak-godak.
  8. Tambah tomato, serbuk seasoning, air, kicap pekat caramel dan mee kuning.
  9. Adjust tambah kicap dan sos cili kalau kurang. Kalau suka mee goreng basah tambahlah sikit air.
  10. Last sekali masukkan daun sawi, taugeh dan serbuk lada sulah.
  11. Boleh hidang dengan timun dan potongan limau nipis.

Tip:

  • Che Nom ketuk pecah batang sawi masa potong tujuannya bila goreng nanti akan mudah lembut dan juga serap bahan-bahan tumisan, takdelah rasa tu plain sangat kan.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan:

Sandwich Telur Hancur

Sandwich telur versi scrambled eggs yang sangat senang dan cepat disediakan. Dipadankan hirisan salad dan tomato, sangat sesuai untuk dibawa ke picnic atau dibuat berniaga.