Senarai resepi Che Nom di bawah kategori Ikan

Singgang Ikan Tongkol

Kali ni Che Nom nak share menu sangat sihat sebab semuanya direbus, iaitu Singgang Ikan Tongkol. Che Nom guna ikan tongkol putih dalam resepi ni. Fresh sangat baru beli kat pasar. Masak singgang ni walaupun simple, tapi jangan pandang sebelah mata. Bila kita makan dengan sambal belacan atau budu, dengan …

Gulai Ikan Kembung

Jom tengok Che Nom nak masak gulai atau kari ikan kembung kali ni. Bahan-bahan cukup ringkas, tapi untuk masak kari yang sedap kita perlu bagi perhatian kepada cara memasak nya. Baru lah dapat sediakan kari yang sedap. Kalau di sebelah utara, gulai sama je dengan kari. Sesetengah tempat pulak gulai …

Siakap Bakar Bersambal

Kali ni Che Nom nak tunjuk cara untuk masak ikan bakar bersambal, menggunakan pes sambal yang mantap rasanya. Dalam video ni Che Nom guna ikan siakap yang dibelah belakang, disapu dengan pes sambal secukupnya dan kemudian kita bakar guna kuali. Cara yang mudah dan praktikal untuk masak di rumah. Hasil …

Ikan Bawal Masam Manis

Kali ini, Che Nom nak share resepi Ikan Bawal Masam Manis, atau masak sweet sour lah kan biasa kita panggil. Kuah nya cukup pekat dengan rasa masam, manis, dan pedas. Resepi nya pun mudah, bahan senang aja nak cari, dan cukup berselera kalau dihidang untuk dimakan beramai-ramai.Tak payah tunggu pergi …

Asam Pedas Ikan Kembung dan Sambal Belacan

Kali ni Che Nom nak masak lauk yang boleh buat menambah-nambah nasik tak cukup sepinggan, iaitu asam pedas ikan kembung.Cara masak asam pedas ni lebih ringkas kerana tak perlu tambah rempah ratus dan kuah tu cukup sesuai kalau kita masak bersama ikan kembung yang segar. Kuah asam pedas akan berasa …

Gulai Ikan Tongkol

Harini Che Nom masak gulai tapi bukan sebarang gulai, gulai ikan tongkol atau ikang aye untuk dipadankan dengan nasi dagang. Lauk ni memang sangat sedap ye sebab kuahnya pekat berempah, dengan rempah khas dari pantai timur, rasa yang berlemak. Memang lain sangat dari kari style India atau kari melayu yang …

Sambal Tumis Ikan Kembung

Kali ni kita masak menu nostalgia yang mak-mak kita suka masak dulu, Sambal Tumis Ikan Kembung. Sebenarnya dalam family Che Nom lauk ni paling sedap dimasak oleh abang Che Nom yang nombor 2. Dia memang paling berbakat memasak dalam family, malah lebih berbakat memasak dari Che Nom. Sambal tumis air …

Singgang Ikan Kembung

Jom masak menu simple tapi cukup nostalgia bagi Che Nom iaitu Ikan Kembung Masak Singgang. Resepi ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunaan minyak dan tidak perlu perlu menumis. Ada rasa rempah segar yang direbus, ada rasa masam dan rasa pedas dari cili padi. Memang sangat segar rasanya …

Ikan Masak Cuka

Masak-masak hari ni Che Nom nak tunjuk cara untuk sediakan ikan masak cuka, ada juga yang panggil jeruk ikan. Lauk ini sinonim sangat dengan masakan nenek-nenek dulu dan lauk orang berpantang. Kalau masak dengan ikan fresh memang terbaik. Rasa manis ikan, rasa sedap dan wangi dari tumisan biji sawi, bawang, …

Keli Balado

Jom kita masak ikan keli goreng balado kali ni. Ada tips untuk dapatkan ikan keli goreng yang rangup dan juga tak meletup bila digoreng. 13 tahun lepas Che Nom pernah goreng tapi letupan dia masyaAllah macam nak perang. Sekarang baru ada keberanian nak cuba semula. Memang hasil nya sangat memuaskan …

Siakap Kengsom Thai

Untuk kali ni, Che Nom nak kongsi resepi lauk yg mudah, tapi walau mudah,fuh sedap tak terkata rasa dia Jom masak Siakap kengsom. Menu ni kalau tak silap Che Nom lah, asal dari selatan thai.Kuah nya wangi sgt dari kunyit dan bawang fresh Rasanya pun kena ada pedas dari cili,dan …

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa & Air Asam Kerisik

Kali ni jom tengok Che Nom nak masak ikan cencaru sumbat sambal kelapa, resepi daripada mak Che Nom sendiri,dulu-dulu kat kampung memang suka sangat makan ikan sumbat sambal kelapa mcm ni,dan mak Che Nom akan hidang dengan air asam kerisik yang pekat, masam dan pedas. Makan memang tak pandang kiri …

More