ResepiCheNom
Mango Cheesecake Creamy
Kek

Resepi Mango Cheesecake Creamy

Prep 45 minMasak 4 jamJumlah 4 jam 45 minHidangan 12 biji

Mango cheesecake creamy ni tak terlalu heavy, tekstur lembut macam aiskrim. Ada rasa mangga yang segar dengan sedikit jus lemon, sedap makan waktu sejuk.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Lapisan Bawah

  • 12 keping /175g biskut digestive12 keping /175g biskut digestivelebih tepat dalam gram
  • 5 sudu besar /71g mentega± ⅓ cawan± ¼ cawan + 1 sudu besar(5 sudu besar /71g mentega)

Bahan Untuk Adunan Cheese Mangga

  • 500g krim keju atau cream cheese500g krim keju atau cream cheeselebih tepat dalam gram
  • 3 sudu besar / 43g gula kastor± 3 sudu besar± 3 sudu besar(3 sudu besar / 43g gula kastor)
  • 3 sudu besar / 58g susu pekat± 3 sudu besar± 3 sudu besar(3 sudu besar / 58g susu pekat)
  • 1½ - 2 sudu besar jus lemon (Che Nom masukkan 2 sudu besar)1½ - 2 sudu besar jus lemon (Che Nom masukkan 2 sudu besar)
  • 1 sudu kecil esen vanila (optional)1 sudu kecil esen vanila (optional)5g
  • 250ml krim putar tenusu atau whipping cream250ml krim putar tenusu atau whipping cream
  • 1¾ cawan / 395g puri mangga1¾ cawan / 395g puri manggalebih tepat dalam gram
  • Bancuhan gelatin 1 (2 sudu besar serbuk gelatin + 60ml air panas)Bancuhan gelatin 1 (2 sudu besar serbuk gelatin + 60ml air panas)

Bahan Untuk Lapisan Jeli Mangga

  • 1 cawan / 225g puri mangga1 cawan / 225g puri manggalebih tepat dalam gram
  • 2 sudu besar / 30g gula kastor± 2 sudu besar± 2 sudu besar(2 sudu besar / 30g gula kastor)
  • 100ml air100ml air
  • Bancuhan gelatin 2 (1 sudu besar serbuk gelatin +30ml air panas)Bancuhan gelatin 2 (1 sudu besar serbuk gelatin +30ml air panas)

Cara Buat Mango Cheesecake

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong kiub kecil cream cheese dan biarkan dekat luar supaya lembut dan mudah nak adun.
  2. 2
    Kupas kulit mangga dan potong kuib besar, kemudian masukkan dlm bander dan bland hingga halus.
  3. 3
    Bahagikan puree mangga kepada dua bahagian mengikut sukatan 1 3/4 cawan dan 1 cawan.
  4. 4
    Simpan manga puree di dalam peti sejuk.
  5. 5
    Gunakan loyang spring form 8 inci atau 9 inci.
  6. 6
    Jika tiada, boleh lapik kertas baking non stick atas loyang biasa, tapi pastikan tebal beberapa lapis jika tidak kertas boleh koyak atau based cheesecake patah.

Untuk Lapisan Bawah

  1. 1
    Patahkan biskut digestive dan masukkan dalam food processer dan kisar halus.
  2. 2
    Cairkan mentega dan gaulkan dengan biskut.
  3. 3
    Tuang adunan masuk dalam loyang, ratakan dan tekan rapat (jangan kuat sangat nanti terlebih keras).
  4. 4
    Masukkan dalam peti sejuk.

Untuk Adunan Cheese Mangga

  1. 1
    Perahkan jus lemon dan ambil jusnya.
  2. 2
    Bancuh gelatin dengan air panas kemudian letakkan bekas tadi dalam mangkuk yang berisi air panas dan biarkan selama 5-10 minit (supaya gelatin cair sendiri).
  3. 3
    Hancurkan creamcheese.
  4. 4
    Masukkan gula kastor, susu pekat, jus lemon, esen vanila (optional).
  5. 5
    Kacau bahan sehingga sebati.
  6. 6
    Dalam bekas berasingan, pukul whipping cream sehingga kembang (pastikan whipping cream baru keluar dari peti sejuk dan masih sejuk).
  7. 7
    Masukkan whipping cream dan puree mangga kedalam creamcheese berselang-seli sehingga habis.
  8. 8
    Last sekali masukkan bancuhan gelatin dan kacau sekata.
  9. 9
    Keluarkan loyang dari peti sejuk, tuang adunan cheese, ratakan permukaan, tutup dengan plastic clean wrap dan masukkan kedalam tempat beku selama 10-15 minit.

Untuk Lapisan Gelatin

  1. 1
    Bancuh gelatin dengan air panas seperti tadi.
  2. 2
    Dalam mangkuk yang berasingan, tuang puree mangga, gula kastor, bancuhan gelatin dan air.
  3. 3
    Kacau sekata.
  4. 4
    Keluarkan loyang.
  5. 5
    Tuang adunan jelly mangga.
  6. 6
    Masukkan balik dalam peti sejuk (chiller).
  7. 7
    Setelah disejukkan.
  8. 8
    Ambil sebiji lagi mangga.
  9. 9
    Kupas dan hiris nipis untuk hiasan (option).
  10. 10
    Susun mangga atas kek.
  11. 11
    Balut loyang dengan towel suam supaya mudah nak tanggalkan loyang.
  12. 12
    Setiap kali potong kek, lap dengan kain supaya dapat potongan kek yang kemas.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
5 sudu besar /71g mentega bersamaan berapa cawan?
± ⅓ cawan (cawan US 240ml).
3 sudu besar / 43g gula kastor bersamaan berapa sudu besar?
± 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau mangga tu macam bnyk serat kasar bila potong, boleh TAPIS dengan fine strainer dulu sebelum masuk dalam adunan cheese. Lepas tapis baru sukat/timbang.
  • Untuk hiasan mangga, boleh gaul buah mangga dengan sedikit jus lemon untuk elakkan hirisan mangga hadi gelap bila simpan lama
Video
Pengenalan

Hi semua, jom kita buat manggo cheesecake. Sebab banyak mangga yang dijual sekarang, Che Nom pun teringin nak makan…dah bila dah buat, mestilah share dengan anda semua.

Cheesecake ni tak terlalu heavy, tekstur pun lembut ala-ala macam ice cream aje. Sedang elok ada rasa buah dari mangga, dan di tambah sedikit jus lemon untuk enhance lagi rasa citrus tu. Sedap sangat kalau makan waktu sejuk.

Diterbitkan pada 22 Jun 202017.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru