Maklumat Resepi

Apom Lenggang Gulung Kari Mackerel

Apom Lenggang Gulung Kari Mackerel

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Che Nom nak masak hidangan yang mengimbau nostalgia lama, tapi kita masak lah ikut kesesuaian masa sekarang iaitu Apom Lenggang Gulung yang dihidangkan bersama Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans dari Ayam Brand. Kombinasi duo bernutrisi bagi tenaga harian.

Baked Beans ni makanan berasaskan fiber, ‘a go-to ingredients’ dan ‘value for money’ pula tu. Ayam Brand Mackerel pula padat dengan nutrisi Omega-3.

Apom lenggang ni versi yang nipis, lembut berongga dan rangup di tepi terutama kalau makan waktu panas, memang sesuai buat cicah kari. Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans juga pilihan sangat bijak. Cukup dengan rasa pedas, manis dan pekat berempah. Anak-anak pasti suka. Menu sesuai bagi Smart Mama yang busy tapi tetap nak masak sedap untuk family supaya dapat lah merasa lah air tangan tu kan.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan Kari:
    • 1 tin kacang panggang Ayam Brand
    • 1 tin ikan mackerel Ayam Brand
    • 1 biji bawang besar
    • 2-3 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 sk halba campur
    • 1 1/2 sb rempah kari ikan
    • 1 sb serbuk cili
    • Sedikit air asam jawa
    • Sedikit santan kotak
    • 1 biji tomato
    • Garam secukup rasa
    • 10 tangkai cili padi
  • Bahan-bahan Apom lengang:
    • 1 1/2 cwn tepung beras
    • 1/2 cwn tepung gandum
    • 1/2 cwn santan kotak
    • 1/4 cwn gula putih
    • 1 1/2 sk yis kering
    • 1/2 sk garam
    • 1 biji telur
    • 1 cwn air

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk Apom Lenggang:
    1. Campurkan tepung beras, tepung gandum, yis kering dan garam.
    2. Bancuh 1/2 cwn santan kotak dengan 1/2 cwn air untuk jadikan 1 cwn.
    3. Masukkan dalam blender bancuhan santan, telur, adunan tepung, gula dan air.
    4. Kisar sebati kemudian tapis dan perap anggaran 1 jam atau sampai adunan kembang.
    5. Panaskan kuali dan sapu dengan minyak masak.
    6. Masukkan 1 1/2 senduk adunan apom dan lengang-lenggang / ratakan. Tutup kuali sekejap dan masak sampai bawah perang dan masak sebelah atas.
    7. Bila dah masak boleh angkat dan gulung.
  2. Cara-cara untuk Kari Mackerel:
    1. Hiris nipis bawang besar, bawang putih dan halia.
    2. Tomato belah 4.
    3. Bancuh serbuk kari ikan dengan serbuk cili dan sedikit air.
    4. Tapis kuah ikan mackerel dan bilas sikit dengan air.
    5. Panaskan minyak dan goreng ikan mackerel sampai garing.
    6. Bila dah garing boleh angkat ikan dan ketepikan.
    7. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari.
    8. Masukkan herba campur , bancuhan rempah kari dan sedikit air, masak sampai pecah minyak.
    9. Tuang masuk kuah mackerel dan sambung masak.
    10. Tuang masuk air asam jawa, santan, tomato, garam, ikan mackerel goreng, baked beans dan air, reneh kuah sampai mendidih.
    11. Akhir sekali tabur cili padi dan tutup api.

Tip:

  • Jangan letak garam direct dengan yis, takut nanti yis rosak dan apom tak kembang elok.
  • Nak elak tepung melekat dekat dasar blender, kita masukkan cecair dulu, Che Nom masukkan santan baru masuk tepung.
  • Che Nom bilas ikan dengan air sikit untuk kurangkan percik-percik bila goreng.
  • Untuk Apom Lenggang versi gulung, Che Nom guna kuali leper, kalau nak buat apom mengelembung, boleh guna kuali yang melengkung.
  • Sebelum masak apom, kocok-kocok dulu adunan barulah masak nanti berongga elok.
  • Untuk masak apom lenggang seeloknya guna kuali yang tebal dan tak melekat.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: