Blueberry Cheesecake Oreo Tanpa Bakar

Blueberry Cheesecake yg disediakan dari fresh blueberry, dessert bertaraf 5 bintang yg menarik rupa dan warna nya, tekstur yang light dan creamy, rasa yang sedap dari cream cheese bila digabungkan dengan fresh blueberry puree …juga tak mudah rasa muak bila makan…Sangat menarik kalau kita hidangkan dessert ni pada tetamu. Resepi asal dari COOKING Tree, https://youtu.be/VGQFEiyMe-M tapi resepi Che Nom dah olah ikut sukatan dan citarasa sendiri. 

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk blueberry puree:
    • 200g blueberry segar
    • 70g/5 sudu besar gula kastor
    • 3/4 sudu besar jus lemon
  • Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
    • 11 keping biskut oreo (tanpa inti gula)
    • 35g mentega
  • Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
    • 250g krim keju
    • 50g/3 1/2 sudu besar gula kastor
    • inti gula dari biskut oreo
    • biscuits 2 sudu besar yoghurt perisa asli
    • gelatin 1 (2 sudu kecil gelatin + 2-3 sudu besar air panas)
    • 150ml krim putar tenusu
    • 1/3 cawan puree blueberry puree
  • Bahan-bahan untuk lapisan ungu:
    • 1/2 cawan puree blueberry
    • 60ml krim putar tenusu
    • gelatin 2 (1 sudu kecil gelatin + 1-2 sudu besar air panas )

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk lapisan bawah:
    1. Asingkan inti gula dan biskut.
    2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus (inti gula boleh simpan dulu).
    3. Cairkan butter.
    4. Tuang butter dalam serbuk oreo dan gaul sekata.
    5. Tuang serbuk oreo dalam loyang (removable bottom) dan ratakan supaya padat.
    6. Masukkan dalam peti sejuk.
  2. Cara-cara untuk blueberry puree:
    1. Perah jus lemon.
    2. Masukkan blueberry fresh, gula kastor dan lemon kedalam kuali dan masak sehingga kesemua bahan hancur dan pekat sikit.
    3. Kemudian kisar halus.
    4. Bancuh gelatin dengan air panas
  3. Cara-cara untuk lapisan cheese:
    1. Kacau sekata creamcheese, gula kastor, inti oreo, plain yogurt, jus lemon dan gelatin.
    2. Pukul whipping cream.
    3. Campur whipping cream dengan adunan cheese dan kacau sekata.
    4. Keluarkan loyang dan tuangkan separuh adunan.
    5. Letakan blueberry puree atas adunan cheese dan buat corak swirl.
    6. Tuang baki adunan.
    7. Ulang langkah yang sama dengan blueberry puree, corakkan dengan bentuk swirl kemudian boleh sejukkan 10 hingga 15 minit.
  4. Cara-cara untuk lapisan atas blueberry:
    1. Kacau sekata blueberry puree, whipping cream (x perlu putar) dan gelatine.
    2. Tuang adunan keatas permukaan kek tadi.
    3. Tutup dengan plastic clean wrap.
    4. Sejukkan 4/5 jam sebelum dipotong.

Tip:

  • Dairy whipping cream kena guna yang baru keluar dari peti sejuk, kalau tidak whipping cream akan jadi cair dan tak kental bila dipukul.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.