Maklumat Resepi

Sambal Nasi Lemak versi niaga

Sambal Nasi Lemak versi niaga

Kali ni jom kita tengok Che Nom share resepi yang ramai orang pandai masak terutama orang meniaga kan tapi Che Nom nak share jugak versi yang sedap ikut tekak sendiri iaitu sambal tumis versi niaga haa sekuali besar kita masak puas hati. Sebenarnya nak masak sambal tumis yang sedap ni, bahannya tak banyak sangat pun Cuma caranya tu yang penting, kena sabar, kena tunggu, kena observe rasa dan juga texture nya haa barulah jadi. Kadang-kadang tu bila kita makan ada sambal yang pedas sangatlah, cili tak berapa masak, rasa pon pijor.

Dalam video ni Che Nom share cara masak dengan nisbah campuran cili yang sesuai untuk semua golongan, tak pedas sangat haa sedang elok je. Sedap betul kalau makan dengan nasi lemak. Nak buat meniaga sesuai, simpan nak buat stok dekat rumah pon ok juga sebab kitab boleh jadikan sebagai ibu sambal.

Bahan-bahan:

  • 200g cili kering gemuk (tak pedas)
  • 30g cili kering kerinting (pedas)
  • 7-8 biji bawang merah besar
  • 1 inci halia
  • 8 ulas bawang putih
  • 30g ikan bilis
  • 2 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji bawang merah (tumis)
  • Air asam jawa
  • 2 cwn minyak gorengan ikan bilis
  • 1-2 helai daun pandan
  • 4 ketul mini gula melaka
  • 1-2 senduk kecil gula putih
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Potong 1 biji bawang besar untuk menumis.
  2. Gunting cili kering kerinting dan cili kering gemok (cili kering gemuk ni Che Nom dah rendam semalaman) kemudian rebus sampai lembut
  3. Kisar halus bawang putih, halia, bawang besar, ikan bilis dan sedikit air.
  4. Kisar halus cili kering kerinting dan cili kering gemok bersama minyak masak dan air.
  5. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis (ikan bilis ni untuk condiment nasi lemak).
  6. Bila ikan bilis goreng dah garing boleh keluarkan dan toskan minyak.
  7. Dalam minyak ikan bilis, tumis hirisan bawang besar sampai lembut.
  8. Letak daun pandan dan bawang kisar halus. Goreng perlahan sampai kekuningan dan garing.
  9. Masukkan semua cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
  10. Masukkan kiub pati ikan bilis, gula melaka, gula putih, air pati asam jawa dan garam.
  11. Sambung reneh atas api perlahan sampai sambal jadi warna gelap dan pekat. Kerap kacau untuk pastikan dasar kuali tu tak hangus.
  12. Tabur masuk hirisan bawang besar, kacau sampai layu dan tutup api.

Tip:

  • Cili kering gemuk tu susah lembut, kalau tak kena cara nanti makan terasa la keping kulit tak hancur tu. Tipsnya malam kita gunting dan rebus, biarlah semalaman dia terendam dalam air rebusan esoknya baru kita kisar halus.
  • Belacan boleh letak, Che Nom Tengah alergik belacan pulak jadi nak letak kiub pati ikan bilis saja. Kalau guna belacan boleh kisar sekali dengan bawang-bawang.
  • Lebihan minyak yang terapung boleh senduk keluar dan simpan untuk tumis goreng- goreng.
  • Sambal ni boleh tahan 3-4 hari dekat luar, tak basi.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan:

Seri muka versi niaga

Resepi kali ni sesuai sangat untuk dibuat berniaga atau tempahan iaitu kuih seri muka. Kalau anda ikut semua tips dalam resepi ni memang akan dapat permukaan kuih yang lincin sekata dan rasa pon sedap.