Senarai resepi Che Nom di bawah kategori Ikan bilis

Sambal Hijau Bilis Petai

Resepi kali ni, khas untuk peminat petai. Jom kita masak Sambal Hijau Bilis Petai. Che Nom dan suami memang suka sangat makan sambal hijau. Bila tambah dengan petai memang bertambah-tambah sedap jadinya. Untuk resepi yang sebelum ni cili hijau tu direbus, tapi kali ni Che Nom guna cara goreng 2 …

Sambal Terung Balado

Menu kali ini ialah menu simple, menu mesra orang bujang, dan menu yang bakal menambah-nambah nasi. Terung balado nama diberi, atau terung berlada pun ada yang panggil. Che Nom akan tunjuk cara untuk masak terung balado yang tahan lama dan tak mudah basi. Rasa pun cukup pedas, sedap dan terungnya …

Sambal Nasi Lemak Berkuah

Untuk penggemar sambal dan juga penggemar nasi lemak, kali ni Che Nom nak masak sambal ikan bilis versi berkuah. Kita masak ikan bilis dalam sambal tu sampai lembut, sampai sebati menyerap kuah sambal. Lauk ni memang favourite Che Nom ni sebab dulu-dulu macam ni la cara mak Che Nom masak, …

Sambal Garing Bilis Tempe

Siapa suka simpan stok sambal ikan bilis garing kat rumah? Dan siapa yang rajin nak buat stok simpanan sendiri kat rumah? jom cuba resepi ni. Sambal bilis garing kali ni memang sangat tahan lama dan maintain rangup kalau disimpan. Bukan saja bilis, tapi kita tambah dengan tempe dan bawang goreng …

Sambal Bilis Rangup

Hi Semua, memandangkan tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadhan dan semua umat Islam akan menunaikan ibadat puasa, Che Nom nak share resepi yang sesuai sangat untuk kita buat persiapan pada waktu sahur atau berbuka puasa. Kos pun murah saja, dan cara masak pun mudah sangat. Ada 2 resepi …

Sambal Ikan Bilis, Kacang dan Kentang Pedas Rangup

Che Nom nak share cara buat sambal ikan bilis, kacang dan kentang yang rangup dari YouTube Chef Eddy Siswanto dariIndonesia. Memang betul-betul rangup, sedap, boleh disimpan lama dan juga buatjualan. Sedap sangat kalau makan dengan nasi panas atau roti.

Sambal TERBAIK Untuk Nasi Lemak

Hi Semua, di atas permintaan ramai, Che Nom nak kongsikan resepi hidangan yang boleh kitakatakan sebagai hidangan rasmi rakyat Malaysia iaitu Nasik Lemak, bersama juga cara penyediaanSambal Tumisnya yang sedap, pekat dan pedas secukup rasa serta sangat harum baunya. Gerentiboleh buat meniaga.

Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup

Resepi Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup, cara nak sediakannya pun cepat dan mudah sebab kita tak perlu masak lama sangat macam sambal garing yang lain. Kira ini versi express lah. Hidangan ni sedap dimakan macan tu saja dengan nasi panas, nak makan dengan roti pun boleh.Anak-anak memang sangat suka …

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai, buat penggemar petai hidangan ini sememangnya membuka selera. Sila rujuk bahagian TIPS untuk cara mendapatkan sambal tumis yang masak sempurna dan sedap.Sebelum masukkan bahan kisar halus, Che Nom tumis dulu bawang besar supaya rasa sambal akan menjadi lebih manis dan sedap apabila bawang itu …

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng

Resipi ini sangat mudah dan ringkas. Selalunya org buat sambal ikan bilis, tapi kali ini saya buat sambal tempoyak ikan bilis. Siapa penggemar durian dan tempoyak harus cuba resipi ringkas dan lazat ini.

Sambal Kering Kentang dan Ikan Bilis

Resepi kali ini agak special bagi Che Nom, sebab ini adalah sambal kegemaran dan kerap sangat buat kat rumah. Sambal kering ni memang sungguh sedap,lebih lagi bila dimakan bersama lauk berkuah seperti sup ayam atau sup daging. Bahan pun tak susah,.bahan yang selalu ada kat pantry dapur. Jom semak resipi …

More