Maklumat Resepi

Spaghetti Goreng Sosej

Spaghetti Goreng Sosej

Spaghetti Goreng Sosej menu simple aja sesuai lah untuk di hari yang sibuk atau bila dah tak tau nak masak apa tu, jom lah cuba. Spaghetti ni kita goreng dengan sosej dan juga dengan bahan-bahan yang biasa ada di rumah aja.

Cara rebus spaghetti pun memainkan peranan juga, tak boleh terlalu lembut nanti lembik bila goreng. Hidangan ni yang penting kena cukup rasa masam, manis dan pedasnya tu. Hasil satu kuali ni cukup lah untuk makan 4-5 orang lapar biasa-biasa, kalau lapar luar biasa, kurang lah cukupnya. Kalau biasa masak mee atau bihun goreng, sesekali kita tukar pulak.

Bahan-bahan:

  • 3/4 pek spaghetti
  • 3 sb mentega
  • 2 sb minyak masak
  • 4-5 batang sosej
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah besar
  • 1 biji tomato
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 sb cili flakes
  • 3 senduk sos tomato
  • 1 senduk sos cili
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sb gula
  • Air rebusan spaghetti
  • Sedikit serbuk parsely kering
  • Daun sup untuk taburan (optional)

Cara Penyediaan:

  1. Cincang kasar bawang putih, bawang merah dan daun sup.
  2. Potong dadu carrot dan tomato.
  3. Sosej hiris sederhana tebal, anggaran 9-10 keping untuk 1 sosej.
  4. Rebus air sampai mendidih.
  5. Masukkan garam dan rebus spaghetti sampai lembut (rebus mengikut arahan di pek).
  6. Simpan sedikit air rebusan kemudian angkat spaghetti dan drizzle sedikit minyak untuk elak melekat.
  7. Panaskan butter dan sedikit minyak masak.
  8. Goreng sosej sampai garing kemudian angkat dan ketepikan dulu.
  9. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan.
  10. Masukkan tomato dan carrot. Kacau sampai lembut.
  11. Masukkan cili flakes, sos tomato, sos cili, serbuk parsley kering, sosej goreng, air rebusan spaghetti, kiub pati ayam dan sedikit gula.
  12. Masukkan spaghetti rebus dan gaul sekata.
  13. Akhir sekali tabur hirisan daun sup dan sedia untuk dihidang.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: