ResepiCheNom
Kek Pandan Gula Melaka
Kek

Resepi Kek Pandan Gula Melaka

Prep 50 minMasak 20 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 5 biji

Kek Pandan Gula Melaka versi kukus yang moist dan lembut. Dihias pulak dengan toping lemak berkrim dan sirap gula melaka yang manis dan berlemak wangi. Sesuai dimakan sejuk-sejuk sambil minum kopi.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Kek Pandan Kukus

  • 4 biji telur4 biji telur
  • 1 cwn /200g gula kastor± 1 cawan± ¾ cawan + 4 sudu besar(1 cwn /200g gula kastor)
  • 1 sb /20g ovalette± 1 sudu besar± 1 sudu besar(1 sb /20g ovalette)
  • 1 sb /15ml emulco pandan1 sb /15ml emulco pandan
  • 1/2 sk /2.5ml perisa pandan (optional)1/2 sk /2.5ml perisa pandan (optional)
  • 1/4 cwn /60ml minyak jagung1/4 cwn /60ml minyak jagung
  • 1/4 cwn /60ml susu full cream1/4 cwn /60ml susu full cream
  • 1 1/2 cwn /195g tepung naik sendiri± 1 ½ cawan + 1 sudu besar± 1 ½ cawan(1 1/2 cwn /195g tepung naik sendiri)
  • 1 sk /5ml pewarna hijau1 sk /5ml pewarna hijau

Bahan Sirap Gula Melaka

  • 150g gula melaka± ¾ cawan± ½ cawan + 4 sudu besar(150g gula melaka)
  • 1/4 cwn /60ml air1/4 cwn /60ml air
  • 1/4 sk garam1/4 sk garam2g
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan
  • 1/2 sb tepung jagung1/2 sb tepung jagung4g
  • 2 sb air2 sb air30g
  • 1/4 cwn /240ml Anchor Whipping Cream1/4 cwn /240ml Anchor Whipping Cream

Bahan Untuk Topping

  • 2 cwn /480ml Anchor Whipping Cream2 cwn /480ml Anchor Whipping Cream
  • 250g Anchor Cream Cheese250g Anchor Cream Cheeselebih tepat dalam gram
  • 1/2 cwn /65g gula aising± ⅓ cawan± ⅓ cawan(1/2 cwn /65g gula aising)

Cara Buat Kek Pandan Gula Melaka

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Kek Pandan Kukus

  1. 1
    Pukul telur dan gula kastor sampai kembang dan warna jadi kuning pucat.
  2. 2
    Tambah ovalette dan sambung pukul sampai adunan jadi putih.
  3. 3
    Masukkan emulco pandan, perasa pandan (atau esen vanila), minyak jagung (atau butter cair) dan pewarna hijau.
  4. 4
    Pukul adunan sampai sebati.
  5. 5
    Untuk kukus kek Che Nom guna 5 bekas aluminium saiz 3x7 inci. Gris bekas dengan sedikit minyak masak.
  6. 6
    Tuang masuk adunan dalam bekas sama rata.
  7. 7
    Kukus selama 20-25 minit (lagi besar saiz lagi lama kukus).
  8. 8
    8Sejukkan kek.

Topping

  1. 1
    Pukul whipping cream sampai kental.
  2. 2
    Lenyek cream cheese dengan gula aising sampai sebati.
  3. 3
    Satukan adunan cream cheese dan whipping cream.
  4. 4
    Masukkan dalam pipping bag dan sejukkan balik dalam peti sejuk selama 30 minit.

Sirap Gula Melaka

  1. 1
    Masak air, gula melaka, garam dan daun pandan sampai mendidih dan pekat.
  2. 2
    Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Tuang masuk air tepung jagung dalam air gula melaka.
  3. 3
    Kacau sebati kemudian tutup api.
  4. 4
    Tuang masuk whipping cream kemudian sejukkan.
  5. 5
    Masukkan dalam pipping bag.

Untuk Hias

  1. 1
    Potong kek pandan kepada dua lapisan.
  2. 2
    Drizzle sirap gula melaka atas lapisan pertama kemudian paip dengan topping cream.
  3. 3
    Letak kek lapisan kedua lepastu paip topping cream dan sirap gula melaka.
  4. 4
    Akhir sekali hias kek dengan hirisan daun pandan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cwn /200g gula kastor bersamaan berapa cawan?
± 1 cawan (cawan US 240ml).
1 sb /20g ovalette bersamaan berapa sudu besar?
± 1 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Nak elak wap air jatuh masa kukus, boleh tutup dengan aluminium foil atau balut penutup dengan kain bersih.
  • Bila kek dah masak, buka tudung pengukus dan biarkan kek sejuk perlahan-lahan, kalau keluarkan kek terus, nanti permukaan kek akan berkedut-kedut.
  • Gris minyak banyak sikit, kalau sikit sangat nanti kek susah nak keluar.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Untuk whipping cream mudah kental, pertama pastikkan whipping cream betul-betul sejuk sebelum pukul. Kedua guna mangkuk yang telah disejukkan dalam peti sejuk sebelum pukul atau letak mangkuk atas air ais.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom kembali lagi dengan resepi dessert yang bertemakan taste of tradition sempena menyambut hari Merdeka. Ha jom tengok macam mana nak buat Kek Pandan Gula Melaka versi kukus yang moist dan sangat lembut hasilnya tu. Kita hias pulak dengan toping lemak berkrim mengunakan Anchor Whipping Cream yang gerenti jadi. Mudah je nak buatnya.

Dan sebagai pelengkap hiasan ha mestilah kena ada Sirap Gula Melaka yang manis, pekat dan berlemak wangi. Kek ni cukup sesuailah siapa-siapa nak cuba bergotong royong buat dekat rumah dengan anak-anak, tak perlu guna oven. Che Nom suka simpan dalam peti sejuk lepastu makan Kek Pandan Gula Melaka ni sejuk-sejuk waktu petang sambil minum kopi. Satu bekas boleh habis sorang makan.

Diterbitkan pada 2 September 20247.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru