ResepiCheNom
Serawa Durian dan Pulut Kukus

Resepi Serawa Durian Dan Pulut Kukus

Prep 2 jamMasak 35 minJumlah 2 jam 35 minHidangan 6 orang

Serawa durian lemak manis dengan sentuhan gula melaka sikit je, tak terlalu perang. Sedap dimakan panas-panas bersama pulut kukus, roti putih atau roti jala ikut selera.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Serawa Durian

  • 10-15 ulas isi durian, bersama biji10-15 ulas isi durian, bersama biji
  • 1 mangkuk santan cair1 mangkuk santan cair
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul2 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1/2 cawan gula pasir1/2 cawan gula pasir100g
  • seketul kecil gula melakaseketul kecil gula melaka
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 1 mangkuk santan pekat1 mangkuk santan pekat
  • sedikit air, jika perlusedikit air, jika perlu

Bahan Untuk Pulut Kukus

  • 500 gram pulut500 gram pulut
  • 1 cawan santan cair1 cawan santan cair240g
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g

Cara Buat Serawa Durian Dan Pulut

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Serawa Durian

  1. 1
    Masukkan ulas durian bersama bijinya, santan cair dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
  2. 2
    Masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
  3. 3
    Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati kemudian masukkan pula santan pekat.
  4. 4
    Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bersama pulut kukus.

Untuk Pulut Kukus

  1. 1
    Rendam pulut selama beberapa jam (anggaran 2-3 jam).
  2. 2
    Panaskan kukusan dan kukus pulut selama 15-20 minit. Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  3. 3
    Bancuh santan cair bersama garam.
  4. 4
    Tuangkan santan cair kedalam pulut yang panas tadi dan tutup dengan kain. Rehatkan seketika supaya pulut menyerap kuah santan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/2 cawan gula pasir bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 100g (cawan US 240ml).
1 cawan santan cair bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jika pulut masih keras selepas anda gaul bersama santan cair, masukkan kembali ke dalam kukusan selama 5 minit, kemudian angkat dan sejukkan.
Video
Pengenalan

Entri kali ini adalah resepi masakan khas buat penggemar durian. Serawa durian atau pun pengat durian memang sesuai disajikan sebagai hidangan pencuci mulut. Ada juga sesetengah tempat panggil hidangan ini sebagai bubur durian. Yang pasti cara masakannya adalah lebih kurang sama.

Untuk resepi ni Che Nom hanya masukkan sedikit gula melaka kerana tak berapa gemarkan serawa durian yang warnanya terlalu perang.

Serawa durian sesuai disajikan bersama pulut kukus, roti putih atau juga roti jala. Ikut selera masing-masing lah kan. Che Nom makan serawa durian kali ini bersama pulut kukus. Jom semak resipi :)Boleh rujuk kepada You Tube video di bawah untuk penerangan lengkap.

Diterbitkan pada 1 Julai 201991.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru