ResepiCheNom
Cucur roti

Resepi Cucur Roti

Prep 25 minMasak 20 minJumlah 45 minHidangan 6 biji

Cucur roti dengan sos pencicah bawang putih memang layan sangat, nak-nak pulak kalau waktu petang atau time hujan. Kalau ada roti nak expired tu bolehlah cuba.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Cucur

  • Sedikit garamSedikit garam
  • 1-2 sk gula1-2 sk gula
  • 6 keping roti sandwich6 keping roti sandwich
  • 1/2 cwn daun bawang1/2 cwn daun bawang
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • 1/2 cwn parutan carrot1/2 cwn parutan carrot
  • 2 tangkai cili merah besar2 tangkai cili merah besar
  • 1 mangkuk taugeh1 mangkuk taugeh
  • 50g / 1 genggam ikan bilis50g / 1 genggam ikan bilis
  • 1/2 sb serbuk pati ayam1/2 sb serbuk pati ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit (pilihan)1/2 sk serbuk kunyit (pilihan)
  • 2 sb air bancuhan kapur makan (pilihan)2 sb air bancuhan kapur makan (pilihan)
  • 1 sk serbuk penaik1 sk serbuk penaik
  • 1 1/2 cwn tepung gandum1 1/2 cwn tepung gandum
  • Air (agak-agak)Air (agak-agak)

Bahan Sos Pencicah

  • 3-4 tangkai cili merah besar3-4 tangkai cili merah besar
  • 2 sb gula2 sb gula
  • 1 cwn air1 cwn air
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 2-3 sb sos cili2-3 sb sos cili
  • Jus limau kasturiJus limau kasturi
  • 2-3 sb air bancuhan tepung jagung2-3 sb air bancuhan tepung jagung
  • 1 sb sos ikan1 sb sos ikan
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa

Cara Buat Cucur Roti

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Cucur

  1. 1
    Carik-carik roti dan basahkan dengan air, biarkan roti lembut.
  2. 2
    Potong halus daun bawang, cili besar dan bawang merah.
  3. 3
    Parut halus carrot.
  4. 4
    Tumbuk kasar ikan bilis .
  5. 5
    Hancurkan roti dengan masher kemudian masukkan gula, garam, carrot, bawang besar, daun bawang, cili merah, ikan bilis, serbuk pati ayam dan taugeh. Gaul sebati.
  6. 6
    Masukkan tepung gandum dan air sikit-sikit dan gaul sebati.
  7. 7
    Masukkan serbuk kunyit dan air kapur. Gaul sebati dan perap sekejap.
  8. 8
    Tambah serbuk penaik dan kemudian goreng sampai garing.

Untuk Sos Pencicah

  1. 1
    Kisar kasar cili merah dan bawang putih dengan 1 cwn air.
  2. 2
    Masukkan dalam periuk dan masak sampai mendidih.
  3. 3
    Perasakan dengan gula, garam, jus limau, air bancuhan tepung jagung dan sos ikan.
  4. 4
    Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Goreng dalam minyak yang betul-betul panas, kalau minyak tak panas nanti cucur jadi tak ranggup, kerap san serap minyak.
  • Sebelum angkat cucur, kuatkan api, kacau-kacau 30 saat dan cepat-cepat angkat.
  • Boleh letak crabstick atau sosej kalau suka.
Video
Pengenalan

Tema resepi kali ni ialah elakkan pembaziran atau tema menu hujung bulan, ha kita masak guna bahan-bahan yang biasa ada je kat semua rumah iaitu roti keping dan hasilkan cucur roti yang rangup di luar tapi lembut dalamnya. Che Nom memang suka makan cucur, atau cekodok. Jadi menu macam ni memang layan sangat lah, nak-nak pulak kalau waktu petang, time hujan ke, mengadap sorang pun boleh habis sepiring besar.

Roti yang dah nak expired tu, kita carik-carikkan dan rendam air biar lembut, kemudian tambah lah bahan-bahan apa saja yang kita suka, apa yang ada dalam peti sejuk tu, adjusts cukup rasa dan goreng sampai rangup keperangan.

Disebabkan Che Nom suka makan cucur dengan sos pencicah banjir, jom kita tgk cara nak buat sos pencicah bawag putih, memang ngam. Kadang-kadang rajin tu memang Che Nom buat lah, tak rajin kita cicah sos botol je. Tetap on, tetap layan makan dgn cucur.

Diterbitkan pada 28 Julai 20248.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru