Maklumat Resepi

Sandwich Telur Hancur

Sandwich Telur Hancur

Kali ni jom kita buat resepi simple je awak ha iaitu sandwich telur versi scrambled eggs, nak pegi picnic ke jamuan ke sesuai sangat dan senang sebab kitab oleh prep awal-awal. Ha kita masak, siapkan, susun dan simpan dalam peti sejuk sehari sebelum. Kalau yang biasa tu sandwich guna telur rebus, kali ni Che Nom share cara buat scrambled eggs dan hancurkan jadi inti sandwich telur yang sedap, lembut dan creamy. Lepas tu kita sapu pada roti dan susun lah dengan salad dan tomato.

Resepi ni guna 12 keping roti, cukup untuk hasilkan 24 potongan sandwich, disusun molek dalam kotak saiz 12x12 inci, sesuai untuk dibuat berniaga. Siapa nak cari duit poket tu bolehlah cuba, modal pon tak mahal sangat.

Bahan-bahan:

  • 12 keping roti
  • 6 biji telur
  • 4 sb susu full cream
  • 2 sb mentega
  • 3-4 sb mayonis
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1/4 sk serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
  • 1 sb perahan jus limau atau lemon
  • Daun salad
  • Tomato
  • Majerin, untuk sapuan roti
  • Kotak 12x12x2 inci
  • Paper doillies 4.5 inci

Cara Penyediaan:

  1. Trim tepi roti dan simpan dulu dalam bekas tertutup (nak elak roti kering).
  2. Pecahkan telur dan masukkan susu full cream. Pukul sebati.
  3. Panaskan kuali, cairkan butter (atau majerin) dan masukkan telur. Masak atas api perlahan.
  4. Dah nampak telur keras sikit, boleh kacau kerap sikit sambil hancur-hancurkan telur.
  5. Bila telur dah masak, boleh angkat kemudian gaul dengan mayonis, serbuk black pepper, lada sulah, garam dan jus limau nipis.
  6. Hiris nipis tomato.
  7. Keringkan salad dengan salad spinner.
  8. Sapu butter pada roti dan sudukan inti telur.
  9. Layerkan dengan hirisan tomato dan salad
  10. Tutup dengan roti dan potong kepada 4 bahagian.
  11. Lapis dengan doilies paper dan susun dalam kotak.

Tip:

  • Untuk salad yang segar, rendam salad ni dalam air sejuk dari peti ais anggaran ½ jam. Kalau tak cukup air sejuk, rendam dalam air paip kemudian tutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila dah segar dan crunchy baru toskan air.
  • Kalau takut ada telur busuk rosakkan yang lain, pecah asing satu-satu baru campur.
  • Boleh tambah chicken slice kalau nak lebih fancy.
  • Nak elak roti terbang masa potong, boleh terbalikkan, sapuan telur duduk dekat atas. Ataupun susun salad dulu baru telur.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan:

Mee Goreng Telur

Mee goreng telur versi yang simple tapi bukan main sedap rasanya. Menu ni cukup seimbang dengan sumber protein, karbohidrat dan fiber. Sesuai dimakan panas-panas dengan perahan limau nipis.