
Char Kuey Teow Original Penang
Kali ni jom tengok Che Nom nak share resepi yang gerenti jadi dan gerenti sedap punya iaitu Char Kuey Teow. Ha yang ni baru betul-betul Char Kuey Teow Chinese style tapi dan versi halal juga.
Che Nom rujuk resepi ni dari chef celebrity Chef Anis Nabilah, inilah resepi family beliau cuma ada lah adjust sikit je sebab nak padankan dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Char kuey teow ni kita kena masak dengan api yang besar untuk dapatkan wok hei tu, dan masa menggoreng tu pon pendek aja, hasil udang pon tak overcooked tu yang special. Dan satu lagi, kuali jangan basuh ok.
Ada 3 bahagian penting, yang pertama penyediaan pes sambal yang dimasak dari cili kering, kedua cara buat minyak udang untuk infused flavour pada minyak tumisan, dan ketiga kita prep siap-siap bahan campuran kicap. Setiap kali masak, kita goreng untuk satu hidangan untuk seorang makan, barulah menjadi sempurna. Boleh buat berniaga. Terima kasih Chef Anis Nabilah.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 sb gula
- 2 cwn cili kisar
- 1 biji bawang merah besar
- 1/2 sb serbuk seasoning (pilihan)
- Garam secukup rasa
- 400ml minyak masak
- Kulit & kepala dari 500g udang
- 3/4 cwn kicap cair
- 1/2 cwn kicap pekat manis (resepi asal guna kicap masin)
- 1/4 cwn sos tiram
- 1/4 cwn kicap karamel pekat
- 1 sk pes bawang putih
- 1 genggam kuey teow
- 1 sb sambal
- 2-5 ekor udang
- 3-4 sb campuran kicap
- 1 biji telur itik/ayam
- Sayur kucai
- Taugeh
- 1Gunting cili kering dan rebus 5 minit. Kemudian kisar halus sekali dengan minyak dan air separuh tenggelam.
- 2Potong kasar bawang merah besar dan kisar halus.
- 3Panaskan minyak dan tumis cili kering sampai pecah minyak.
- 4Masukkan bawang besar kisar, gula, garam, dan serbuk seasoning (pilihan).
- 5Tambah air 2-3 kali dan masak sampai kering anggaran 30 minit.
- 1Buang kulit dan kepala udang.
- 2Panaskan minyak dan goreng kulit udang anggaran 7 minit.
- 3Bila warna minyak dah berubah, boleh tutup api dan tapis kulit.
- 1Satukan kicap cair, kicap masin, kicap pekat caramel dan sos tiram.
- 2Kacau sebati dan ketepikan dulu.
- 1Kisar halus bawang putih sampai jadi pes.
- 2Panaskan minyak udang dan tumis pes bawang putih.
- 3Masukkan kuey teow basah, pes sambal dan udang.
- 4Tolak kuey teow ketepi dan pecah masuk telur.
- 5Masukkan bancuhan kicap dan goreng sampai sebati.
- 6Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai.
- •Kalau boleh cari sos tiram yang kandungan tiram tu lebih tinggi, lebih sedap lah char kuey teow nanti.
- •Api kena besar masa masak char kuey teow baru dapat char tu.
- •Kuali jangan basuh lepas masak yang next batch tu, itulah rahsia kesedapan dari kerak-kerak yang garing.
- •Kalau sesiapa yang makan potion yang besar, boleh lebihkan sikit kuey teow.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Mi Kari Ayam
Kali Che Nom nak share resepi Mi Kari Ayam. Biasa mee kari ada seafood fresh sekali kan. Resepi ni memang tak ada letak ...

Bihun Goreng Kicap
Che Nom nak masak menu goreng-goreng harini, iaitu bihun goreng kicap. Bahan-bahannya untuk memasaknya ringkas sahaja, c...

Bihun Singapore Dan Sambal Kicap
Untuk kali ni, kita masak goreng-goreng pula. Bihun goreng putih, atau orang Singapore panggil mee birthday, kan? Che No...

Kuetiau Ladna, Wa Tan Hor
Wat Tan Hor (Kuey Teow Ladna) yang ringkas dan sesuai untuk hidangan dinner ketika sibuk. Kuey teow digoreng dengan api besar sehingga garing dan berwarna gelap, kemudian dicurahkan dengan kuah udang yang pekat dan penuh sayur-sayuran.

Bihun Goreng Siam
Kali ni, jom kita masak menu yang simple saja, tapi cukup sedap dan cara masakan pun seakan-akan nenek atau mak-mak dulu...

Kuey Teow Goreng dan Cili Potong Kicap
Resepi Kuey Teow Goreng yang menjadi kegemaran keluarga Che Nom. Bahan-bahannya mudah, tapi mungkin perlu diberi se...