Brownies Cadbury Cheesecake

Brownies Cheesecake Cadbury, dessert yang menarik dari kombinasi 3 lapisan iaitu lapisan brownies yang fudgy, lapisan cheese Cadbury dairy milk yang lemak bercoklat, dan lapisan plain cream cheese. Resepi ini menghasilkan satu dessert yang sangat elegan. Buat penggemar brownies dan cheese, anda pasti suka. 

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk lapisan brownies:
    • 125g coklat masakan (dark chocolate)
    • 60g / 1/4 cawan mentega
    • 2 biji telur
    • 100g / 1/2 cawan gula perang
    • 60g / 1/2 cawan tepung gandum
    • 15g / 1 1/2 sudu besar serbuk koko
    • 1/4 sudu kecil garam (jika guna mentega unsalted)
    • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
    • 500g krim keju
    • 60g / 4 sudu besar gula kastor
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • 2 sudu besar yoghurt asli
    • 2 sudu kecil serbuk gelatin + 2 sudu besar air panas (**optional)
    • 200ml dairy whipping cream
    • 1 keping / 165g coklat Cadbury dairy milk

Cara Penyediaan:

  1. Sapu mentega sekeliling loyang (springfrom 8 inci).
  2. Lapik dengan patchment paper atau baking paper (pastikan kalis air).
  3. Cara-cara untuk lapisan brownies:
    1. Double boil dark coklat dan mentega.
    2. Kacau sampai coklat dan mentega bahan cair sekata.
    3. Bila dah cair tutup api.
    4. Kemudian masukkan gula perang dan kacau.
    5. Pecahkan telur dan kacau sedikit kemudian masukkan dalam adunan dan kacau sekata.
    6. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
    7. Kemudian masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
    8. Tuang adunan dalam loyang dan bakar 150 degree celcius selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  4. Cara-cara untuk lapisan cheese.
    1. Bancuh serbuk gelatin dengan air panas dan rendam dlm air panas / microwave supaya gelatin cair sekata.
    2. Potong nipis-nipis coklat Cadbury, tinggalkan dua baris untuk hiasan atas kek.
    3. Masuk dalam mangkuk dan double boil dan ketepikan.
    4. Adunkan cream cheese, gula kastor, plain yogurt (boleh ganti jus lemon), esen vanilla dan bancuhan gelatin.
    5. Bila dah sebati, ketepikan.
    6. Putar whipping cream sampai kental.
    7. Campur whipping cream dengan adunan cheese sedikit demi sedikit.
    8. Bila dah sekata, bahagi adunan kepada dua bahagian.
  5. Cara-cara untuk lapisan tengah:
    1. Adunan cheese yang lebih sukatan akan diguna untuk campur coklat Cadbury.
    2. Tuang coklat yang telah cair tadi kedalam adunan.
    3. Gental fold sampai adunan sebati.
    4. Tuang adunan coklat cheese atas brownies dan ratakan.
    5. Sejukan dalam freezer selama 10 minit.
  6. Cara-cara untuk lapisan atas:
    1. Adunan cheese yang kurang akan dicampur susu pekat (optional).
    2. Tambah susu pekat dan kacau sebati.
    3. Tuang adunan atas kek yang disejukan tadi.
    4. Masukkan balik dalam chiller dan sejukan semalaman atau 5 jam.
  7. Cara-cara untuk hiasan:
    1. Parut coklat Cadbury (pastikan sejuk) yang lebih tadi.
    2. Keluarkan kek dari loyang.
    3. Taburkan parutan coklat tadi atas kek.

Tip:

  • Whipping cream pastikan sejuk dan baru keluar dari peti ais.
  • Jangan kacau whipping cream lama sgt sbb takut pecah dan cair nanti

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.