
Sardin Roll style makcik kantin
Kali ni jom tengok Che Nom nak share resepi sardine gulung. Versi ni bukan yang guna kulit pastry tu, tapi style makcik kantin dulu-dulu. Masa sekolah Che Nom selalu beli buat bekal standby kalau lapar. Bahan-bahan pon simple aja dan idea terbaik kalau ada roti keping nak habiskan takut expired ke atau idea bekal anak sekolah, ha mmg sesuai sangat.
Sardin tin kita masak hancur dan tumis sampai kering, kemudian letak atas roti yang dah dileperkan, gulung, celup telur dan goreng. Kalau nak buat frozen pon boleh simpan elok dalam freezer, nak makan tinggal panaskan aja. Roti sardine makan panas-panas, di luar tu garing dengan salutan telur rasa pedas manis inti sardine. Memang layan buat minum petang atau sarapan.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- Minyak masak
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah kecil
- 1-2 sb cili kisar
- Sedikit air
- 1 tin besar/ 425g sardin
- Sedikit garam
- 1 sk gula
- Sedikit air asam jawa
- 1 biji bawang besar
- 1/2 sk serbuk lada sulah
- 10-15 keping roti
- 3-4 biji telur
- 1/4 sk garam
- 1/2 sb tepung gandum
- Mayonis
- 1Cincang bawang putih dan merah kecil. Bawang besar potong dadu.
- 2Bacuh asam jawa dengan sedikit air.
- 3Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau.
- 4Masukkan cili kisar dan sedikit air.
- 5Bila dah garing boleh masuk inti ikan sardin. Sambil-sambil masak tu boleh hancurkan isi ikan.
- 6Tuang masuk semua kuah sardin, garam, gula dan air asam jawa. Masak sampai agak kering.
- 7Tuang masuk bawang besar dan serbuk lada sulah. Kemudian boleh tutup api dan sejukkan.
- 1Leperkan roti guna roller.
- 2Pecahkan telur, tambah garam dan tepung gandum. Pukul sebati adunan.
- 3Sapu mayonis dan inti sardin atas telur.
- 4Sapu adunan telur dihujung roti sebagai gam kemudian gulung roti kemas-kemas.
- 5Celup sardin roll dalam telur dan goreng dalam minyak sederhana panas.
- 6Bila dah garing kedua-dua belah boleh angkat dan toskan minyak.
- •Che Nom tambah tepung gandum dalam adunan telur nak bagi kenyal, ranggup sikit dan kurang serap minyak la nanti. Boleh bancuh tepung dengan air sikit, kalau tambah terus nanti berketul.
- •Goreng sardine roll dalam minyak yang panas sederhana. Minyak kalau terlampau panas nanti salutan telur tu senang hitam, senanglah hangus.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....
Resepi Berkaitan

Bingka ubi kayu
Dalam resepi Bingka ubi ni Che Nom ada share tips nak pilih ubi kayu yang fresh dan cara sediakan adunan anti gagal.
Diterbitkan pada 7 Januari 2025

Cucur roti
Cucur roti dengan sos pencicah bawang putih memang layan sangat, nak-nak pulak kalau waktu petang atau time hujan. Kalau ada roti nak expired tu bolehlah cuba.
Diterbitkan pada 28 Julai 2024

Apam Pisang Kukus
Texture apam ni sangat lembut, gebu dan manis berlemak secukup rasa. Bahan-bahan cukup mudah dan yang penting kena ada pisang masak ranum baru sedap.
Diterbitkan pada 26 Jun 2024

Kuih Cara Berlauk
Cara membuat Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi Melayu yang mungkin ramai belum pernah cuba. Inti daging dimasak dengan rempah dan adunan kuih cara disediakan menggunakan blender.
Diterbitkan pada 25 April 2024

Apam Nasi Pandan
Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Cempedak goreng
undefined...
Diterbitkan pada 10 Disember 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.