Spaghetti Aglio Olio & Ayam Popcorn Korea

Kali ni Che Nom nak share resepi yang kita boleh guna untuk buat jualan atau tempahan lunch box iaitu Spaghetti Aglio Olio dan Ayam Popcorn ala Korea.

Untuk spaghetti Che Nom masak ikut kesesuaian bahan untuk yang nak berniaga, jadi taklah guna bahan mahal sangat, tapi tetap terbaik hasilnya. Ayam popcorn style korea pulak kita guna cara mudah aja tak perlu renyah angat pun bahan-bahannya nya tu serta kos pon berpatutan. Kombinasi menu yang sangat menarik untuk dicuba dan rasa pun sedap sangat.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk ayam Korea popcorn:
    • 500g isi ayam
    • 3-4 sb tepung goreng serbaguna
    • 1 sb serbuk kari
    • Air
    • 1-2 cawan tepung goreng serbaguna
    • 2 sb minyak masak
    • 2 ulas bawang putih
    • 2-3 sb cili kisar
    • 2 sb kicap manis
    • 3 sb sos tomato
    • 2 sb gula
    • Sedikit air
    • Garam
    • Bijan
  • Bahan-bahan untuk Spaghetti Aglio Olio:
    • Air
    • Garam
    • Brokoli
    • Air
    • 2 sb garam
    • 1 pek pasta
    • Minyak zaitun
    • 3/4 cawan minyak zaitun
    • 6 batang sosej
    • 7 ulas bawang putih
    • Cili kisar
    • 1 cawan air rebus spaghetti
    • 1 kiub pati ayam
    • Pasli daun rata @ pasli itali
    • Pasli Inggeris
    • 2 sk parsli kering
    • Origano kering
    • Herba campuran Itali
    • Garam
    • 1 cawan tomato
    • Lada benggala
    • Daun salad
    • Sedikit keju parmesan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk ayam Korea popcorn :
    1. Potong kiub isi ayam.
    2. Gaul sebati ayam dengan tepung goreng serbaguna, serbuk kari dan sedikit air.
    3. Perap ayam dalam peti sejuk anggaran 30 minit.
    4. Salut ayam satu persatu dengan tepung goreng serbaguna.
    5. Panaskan minyak dan goreng ayam.
    6. Bila ayam dah perang dan rangup, boleh angkat dan toskan minyak.
    7. Parut halus bawang putih.
    8. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
    9. Tumis cili kisar sampai garing.
    10. Masukkan kicap manis, sos tomato, gula, garam dan sedikit air.
    11. Masak sampai pekat.
    12. Akhir sekali tabur dengan bijan dan tutup api.
    13. Bila sos dah suam sikit, gaul dengan ayam popcorn.
    14. Boleh tambah extra bijan untuk lebih menarik.
  2. Cara-cara untuk spaghetti aglio olio:
    1. Hiris nipis bawang putih dan sosej (boleh ganti sosej dengan seafood kalau suka).
    2. Potong capsicum, brokoli dan ceri tomato.
    3. Panaskan air, masukkan garam dan celur brokoli selama 1-2 minit. Kemudian angkat dan rendam dalam air sejuk.
    4. Panaskan lagi sekali air dan masukkan garam,
    5. Bila air dah mendidih masukkan spaghetti dan rebus sampai lembut (ikut arahan pada pek spaghetti).
    6. Bila spaghetti dah lembut, angkat dan gaul minyak zaitun. Buat tossing untuk cepat sejukkan spaghetti.
    7. Simpan sikit air rebusan spaghetti anggaran 1 cawan untuk masak nanti.
    8. Panaskan minyak zaitun dan goreng sosej sampai garing.
    9. Masukkan bawang putih (kalau guna seafood, tumis bawang putih dulu).
    10. Tabur chili flakes dan tumis sampai bawang putih keperangan.
    11. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti dan kiub pati ayam.
    12. Tuang masuk semua spaghetti, parsley kering dan oregano.
    13. Boleh tambah chili flakes dan garam kalau tawar.
    14. Masukkan ceri tomato dan capsicum, kemudian terus tutup api.
    15. Akhir sekali masukkan brokoli dan sedia untuk dihidang.

Tip:

  • Lepas masukkan minyak zaitun dalam spaghetti gaul sebati dan buat tossing untuk cepat sejukkan spaghetti dan elak spaghetti jadi lembut sangat.
  • Ketuk-ketuk lebihan tepung selepas salut ayam, kalau tak ketuk nanti banyak keladak tepung dalam minyak goreng.
  • Minyak kena banyak dan cukup tengelam ayam, barulah ayam goreng masak sekata.
  • Tepung salut ayam goreng kalau banyak sangat sisa ketulan, tapis buang dan guna semula.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.