ResepiCheNom
Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang

Resepi Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang

Prep 25 minMasak 20 minJumlah 45 minHidangan 2 orang

Spaghetti masak lemak cili api udang versi fusion, pedas berlemak dan creamy sampai menjilat jari. Che Nom tunjuk cara masak udang elak keras, kuah pun harum padu.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Spaghetti

  • 150g spaghetti150g spaghetti
  • 2 sk garam2 sk garam
  • 2 liter air2 liter air
  • Sedikit minyak zaitunSedikit minyak zaitun

Bahan Masak Lemak Cili Api

  • 150g spaghetti150g spaghetti
  • 2-3 biji bawang merah2-3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 2-3 ketul kunyit hidup2-3 ketul kunyit hidup
  • 4 tangkai cili padi merah4 tangkai cili padi merah
  • 4 tangkai cili padi hijau4 tangkai cili padi hijau
  • Sedikit minyak masakSedikit minyak masak
  • 6 ekor udang6 ekor udang
  • 10 biji ceri tomato10 biji ceri tomato
  • 1-2 batang serai1-2 batang serai
  • 2/3 cwn Cooking Cream Anchor2/3 cwn Cooking Cream Anchor
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1 cwn air rebusan spaghetti1 cwn air rebusan spaghetti
  • 1 sk serbuk seasoning1 sk serbuk seasoning
  • Daun kunyitDaun kunyit
  • 1/2 biji lemon1/2 biji lemon

Cara Buat Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Rebus Pasta

  1. 1
    Panaskan air dan garam sampai mendidih.
  2. 2
    Masukkan pasta dan tekan-tekan supaya pasta tengelam sepenuhnya.
  3. 3
    Bila dah masak, simpan 1 cawan air rebusan.
  4. 4
    Angkat dan toskan pasta.
  5. 5
    Gaul pasta dengan minyak zaitun sikit kemudian buat tossing sampai sejuk.

Masak Lemak Cili Api

  1. 1
    Potong kasar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi.
  2. 2
    Serai ketuk dan potong 2.
  3. 3
    Daun kunyit gulung dan hiris nipis.
  4. 4
    Udang trim kepala dan buang tali hitam.
  5. 5
    Kisar kasar semua bahan potong kasar tadi dengan sedikit air.
  6. 6
    Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak.
  7. 7
    Sebelum angkat udang, goreng sekejap ceri tomato anggaran 30-40 saat. Angkat udang dan ceri tomato.
  8. 8
    Tumis serai sampai naik bau.
  9. 9
    Tuang masuk semua bahan kisar kasar tadi.
  10. 10
    Tambah garam dan masak sampai kering.
  11. 11
    Keluarkan batang serai.
  12. 12
    Masukkan Anchor Cooking Cream, air rebusan pasta, serbuk perasa, hirisan daun kunyit dan jus lemon.
  13. 13
    Gaul sebati kemudian masukkan udang dan spaghetti.
  14. 14
    Boleh tutup api dan hidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk rebus spaghetti air kena banyak, sebab kita nak elak suhu jatuh masa kita mula-mula masukkan pasta.
  • Berapa lama rebus pasta tu kita tengok arahan dekat peket. Kalau tulis 12 minit, Che Nom akan rebus 7-8 minit untuk dapat texture al dente, sebab nanti kita akan gaul dengan kuah panas kan, biar keras sikit tak pe.
  • Kalau nak ganti udang dengan ayam pon boleh, seeloknya pan fry dulu ayam barulah sedap.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Anchor cooking cream tak mudah pecah kalau kita masak atas api besar pon, stabil je.
Video
Pengenalan

Resepi special kali ni disediakan khas sempena Hari Malaysia iaitu spaghetti masak lemak cili api udang. Menu ala fushion gitu. Nak masak fushion ni kena pandai adjust dengan bahan-bahan untuk dapatkan rasa yang sesuai. Cara masak udang dengan betul untuk elakkan udang jadi keras pun ada ditunjuk sekali.

Untuk kuah lemak cili api, Che Nom akan masak dengan menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream. Hasilnya spaghetti yang pedas, lemak, harum..creamy..dan bikin ketagih bila makan. Kena sangat lah dengan tekak orang kita.

Diterbitkan pada 25 Disember 202312.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru