
Spaghetti Aglio Olio
Resepi Spaghetti Aglio Olio, dalam banyak resepi goreng-goreng yang ni lah paling senang sekali nak disediakan. Dalam resepi aglio olio ini Che Nom gunakan seafood, tapi boleh juga jika anda nak masukkan hirisan isi ayam atau daging. Sosej pun boleh juga dimasukkan kalau suka.
Yang paling penting sekali ialah anda harus merebus spaghetti dengan cara yang betul kerana takut nanti spaghetti akan jadi lembik dan tak cantik teksturnya bila dimasak. Sila rujuk bahagian TIPS di bawah untuk cara merebus spaghetti dengan betul.
Kalau anda rujuk tips tersebut, Che Nom 'drizzle' minyak zaitun pada waktu akhir sekali iaitu pasa masa spaghetti sudah ditapis airnya dan bukannya masukkan minyak zaitun dalam air semasa merebus. Ini adalah kerana jika kita masukkan minyak zaitun semasa merebus, sebahagian besar minyak tu akan hilang bila kita tapis spaghetti dan ianya adalah satu pembaziran. Salutan minyak di permukaan spaghetti pun akan berkurang. Jadi eloklah dimasukkan minyak zaitun bila masa spaghetti itu sudah di tapis.
Selamat mencuba resepi yang mudah dan sedap ini :)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 500 gram spaghetti (1 paket)
- 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
- 5 ulas bawang putih, cincang halus
- 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
- 2 sudu besar chilli flakes
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 ketul kiub ayam
- 1 mangkuk besar udang, buang kulit
- 4 ekor sotong, buang lapisan kulit
- capsicum hijau
- capsicum merah
- tomato kecil, potong 2 jika suka
- daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.
- 1Rebus spaghetti dan toskan.
- 2Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
- 3Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
- 4Kemudian masukkan udang dan sotong.
- 5Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
- 6Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.
- •Tips untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Tunggu sehingga bahagian bawah sedikit lembut dan kemudian tekan supaya semua spaghetti tenggelam sepenuhnya. Rebus sehingga spaghetti mencapai tahap "al dente" atau masih sedikit keras. Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
30 Disember 2025

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
29 Disember 2025
Resepi Berkaitan

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
11 Disember 2025

Spaghetti Aglio Olio dengan Seafood
9 November 2025

Creamy Prawn Pepperoni Pasta Favourite Anak-Anak Che Nom!
29 Ogos 2025

Spaghetti Goreng Sosej
5 September 2024

Creamy Pasta Pedas Bersama Fillet Ayam
10 Julai 2024

Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang
25 Disember 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.