ResepiCheNom
Spaghetti Aglio Olio Seafood

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood

Prep 20 minMasak 15 minJumlah 35 min

Spaghetti Aglio Olio seafood yang simple tapi padu, pedas wangi bawang putih dan minyak zaitun. Ikut cara Che Nom, pejam mata pun boleh jadi.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • Minyak zaitunMinyak zaitun
  • 6-7 ulas bawang putih6-7 ulas bawang putih
  • 7-8 ekor udang besar7-8 ekor udang besar
  • Chilli flakesChilli flakes
  • Serbuk lada hitamSerbuk lada hitam
  • 1 mangkuk kecil tomato ceri1 mangkuk kecil tomato ceri
  • Serbuk lada sulahSerbuk lada sulah
  • 3/4 - 1 pek (500g) spaghetti rebus3/4 - 1 pek (500g) spaghetti rebus
  • 4 ekor sotong4 ekor sotong
  • Serbuk parsley keringSerbuk parsley kering
  • Daun parsley segarDaun parsley segar
  • Sedikit air pastaSedikit air pasta
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1/2 - 1 ketul kiub ayam1/2 - 1 ketul kiub ayam
  • Serbuk parmesanSerbuk parmesan

Cara Buat Spaghetti Aglio Olio Seafood

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih, boleh lebihkan bawang putih kalau suka.
  2. 2
    Potong 2 tomato ceri, Che Nom tambah tomato ceri untuk beri rasa masam-masam manis.
  3. 3
    Bersihkan udang dan kupas kulit. Tinggalkan kulit bahagian ekor dan kaki depan untuk beri lebih flavour. Kalau udang besar Che Nom lebih suka belah belakang.
  4. 4
    Bersihkan sotong, buang lapisan kulit dan potong kecil. Untuk kepala tarik dan buang bahagian tengah (gigi).
  5. 5
    Hiris halus daun parsley, kalau tak ada boleh ganti parsley kering atau daun ketumbar fresh.
  6. 6
    Untuk rebus spaghetti mengunakan periuk yang besar dan tinggi sebab kita akan guna air yang banyak.
  7. 7
    Masak sampai air mendidih kemudian masukkan spaghetti kering.
  8. 8
    Tambah garam supaya air cukup masin dan meresap kedalam spaghetti.
  9. 9
    Rebus sampai spaghetti lembut tapi tak lembut sangat (Picit spaghetti, pastikan spaghetti masih kenyal, taknak lembut sangat nanti tak sedap bila goreng.
  10. 10
    Keluarkan spaghetti dan tapis kering. Simpan air rebusan untuk digunakan nanti.
  11. 11
    Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
  12. 12
    Masukkan udang dan kacau sikit sampai separuh masak.
  13. 13
    Tambah chili flakes dan serbuk lada hitam, tomato dan lada sulah.
  14. 14
    Masukkan spaghetti rebus dan kacau sekata. Boleh tambah minyak kalau kurang.
  15. 15
    Che Nom keluarkan udang sebab takut terlebih masak.
  16. 16
    Masukkan sotong, masuk sotong lambat sikit sebab takut sotong jadi liat kalau terlebih masak.
  17. 17
    Masukkan serbuk lada sulah (tabur atas sotong).
  18. 18
    Tambahkan chilli flakes, lada sulah dan parsley.
  19. 19
    Masukkan air pasta tadi, garam dan kiub ayam (pilihan).
  20. 20
    Masukkan balik udang, tabur serbuk parmesan dan sedia untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk rebus spaghetti gunakan periuk yang besar dan tinggi sebab kita akan guna air yang banyak.
  • Semasa masak Che Nom keluarkan udang sebab takut terlebih masak. Boleh biarkan kalau renyah.
  • Masukkan sotong lambat sikit sebab takut sotong jadi liat bila masak lama.
Video
Pengenalan

Spaghetti Aglio Olio dengan seafood, yang mudah nak sediakan tapi rasa memang tak kurang hebatnya.

Ada org cakap, pejam mata pun boleh masak aglio olio ni betul ke. Jom tgk cara nak masak spaghetti aglio olio style Che Nom.

Diterbitkan pada 7 November 202217K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru