ResepiCheNom
Lempeng Gulung Kari Ayam

Resepi Lempeng Gulung Kari Ayam

Prep 30 minMasak 10 minJumlah 40 minHidangan 10 biji

Lempeng versi nipis gerenti lembut gebu sampai malam, bahan-bahan mudah, tak perlu guna blender, gaul tangan sahaja, ada juga ditunjuk cara buat kari ayam berkuah pekat buat cicah, sedap tak terkata.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Lempeng

  • 2 cwn /250g tepung gandum2 cwn /250g tepung gandum
  • 1 sk garam1 sk garam
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 2 1/2 cwn / 590ml air2 1/2 cwn / 590ml air
  • 2 sb minyak masak2 sb minyak masak
  • 1 sk minyak masak (untuk gris)1 sk minyak masak (untuk gris)

Bahan Kari Ayam

  • 1/2 cwn minyak masak1/2 cwn minyak masak
  • Rempah 4 sekawanRempah 4 sekawan
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 2 sb serbuk kari daging2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sb serbuk cili1/2 sb serbuk cili
  • 3 biji bawang merah kecil3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • 1 senduk santan kotak1 senduk santan kotak
  • Air secukupnya (untuk kuah)Air secukupnya (untuk kuah)
  • 1 sb kerisik1 sb kerisik
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1-2 sb air asam jawa1-2 sb air asam jawa

Cara Buat Lempeng Gulung Kari Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Lempeng

  1. 1
    Gaul tepung gandum, garam, air, telur dan minyak masak.
  2. 2
    Tapis adunan dan rehatkan adunan.
  3. 3
    Panaskan kuali dan letak 1 sudu kecil minyak.
  4. 4
    Tuang adunan lempeng dalam kuali.
  5. 5
    Bila tepi dah keras, beralun dan terpisah dari dasar kuali kira dah masak.
  6. 6
    Gulung lempeng dan sedia untuk dihidang.

Kari Ayam

  1. 1
    Kisar halus bawang merah, bawang putih, dan halia.
  2. 2
    Bancuh serbuk kari daging dengan serbuk cili dan air.
  3. 3
    Hiris nipis bawang besar.
  4. 4
    Potong dadu tomato dan kentang.
  5. 5
    Ayam potong kecil-kecil.
  6. 6
    Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, bawang besar dan daun kari.
  7. 7
    Bila bawang dah lembut, masukkan rempah pes kari, bawang dan halia kisar dan sedikit air. Masak sampai pecah minyak.
  8. 8
    Bila dah pecah minyak, tambah lagi air dan sambung tumis sampai pecah minyak, ulang proses ni 3 kali.
  9. 9
    Masukkan tomato dan masak sampai tomato hancur.
  10. 10
    Masukkan potongan ayam, kentang dan air. Masak sampai ayam kecut.
  11. 11
    Masukkan santan, air dan kerisik.
  12. 12
    Bila dah mendidih masukkan garam dan air asam jawa.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk kari ayam, kalau nak guna santan kotak kecil, 1/2 senduk santan dah cukup.
  • Adunan lempeng kalau lama-lama dia mendap, kena kacau balik sebelum masak.
  • Che Nom tak terbalikkan sebab lempeng ni jenis lembut sangat, kalau terbalikkan takut mudah terkoyak.
Video
Pengenalan

Siapa yang suka makan lempeng untuk sarapan. Haa kita geng. Kali ni Che Nom nak share lempeng atau orang utara panggil peknga, versi nipis dan lembut sampai malam. Kalau nak makan something simple, boleh buat lempeng. Bahan-bahan mudah ja tapi hasil tu sedap sangat.

Mula-mula Che Nom tunjuk cara bancuh tepung adunan. Tak payah guna blender pun, gaul aja senang. Kemudian Che Nom tunjuk pula cara nak buat kari ayam khas berkuah pekat untuk kita cicah dengan lempeng, ada kelainan sikit cara masak kari kali ni.

Che Nom suka makan lempeng yang tak tebal sangat, panas-panas tu cicah pulak dengan kuah kari, lepas makan sarapan tersandar dibuatnya.

Diterbitkan pada 26 Jun 202411.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru