
Mee Kari Special
Resepi Mee Kari Special yang menggabungkan rasa dari ayam dan seafood. Che Nom gunakan air rebusan udang untuk menyedapkan lagi rasa mee kari ni. Satu lagi rahsia kesedapan mee kari ni ialah kita bancuh rempah kari bersama sedikit serbuk cili supaya dapat memberikan rasa pedas dan tidak muak kepada kuah, dan juga ia memberikan warna kuah yang merah dan menarik.
Untuk seafood, boleh gantikan dengan seafood kegemaran anda seperti ketam.Menu ini sangat sesuai jika dihidangkan untuk hari raya atau juga sebarang majlis keramaian.
Boleh rujuk kepada You Tube video di bawah untuk penerangan lengkap.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 1 batang serai, hiris nipis
- 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut
- 4 sudu besar serbuk kari daging
- 2 sudu besar serbuk cili
- sedikit air
- 1 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 2 tangkai daun kari
- kiub ayam
- santan pekat
- potongan isi ayam
- 1 biji kentang, potong dadu
- kerang rebus
- udang
- air rebusan kulit udang
- santan cair
- fishball
- tauhu puff, potong 2
- limau kasturi
- telur rebus
- 1 bungkus mee kuning
- telur rebus
- sawi
- taugeh
- bawang goreng
- cili merah dan hijau
- 1Kisar halus bahan-bahan untuk kisar dan ketepikan.
- 2Bancuh bahan-bahan untuk pes rempah kari. Ketepikan.
- 3Tumis bahan-bahan rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan bancuhan pes rempah dan bahan kisar halus.
- 4Masak sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air beberapa kali dan ulang sehingga rempah pecah minyak supaya untuk pastikan bancuhan rempah kita betul-betul masak.
- 5Masukkan isi ayam, kentang yang didadu, air rebusan kulit udang, santan cair, kiub pati ayam, asam gelugur, fishball, isi kerang rebus, air rebusan kerang, udang, tauhu puff dan santan pekat.
- 6Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- 1Celur sawi dalam air panas. Angkat dan terus masukkan ke dalm air sejuk supaya warna daun kekal hijau segar.
- 2Celur pula taugeh
- 3Sediakan bawang goreng, telur rebus,, hirisan cili merah.
- 4Potong limau kasturi.
- 5Celur mee kuning dan bilas dengan air. Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tak melekat bila kita nak hidangkan nanti.
- •Boleh juga masukkan fish cake jika anda suka.
- •Pes bancuhan rempah haruslah dimasak dengan sempurna supaya kuah kita tahan lama dan sedap rasanya.
- •Kalau anda gunakan santan kotak, gunakan dalam anggran 2 kotak 250ml santan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....
Resepi Berkaitan

Bihun Goreng Legend
Che Nom kongsikan resepi mudah bihun goreng ala nenek yang ringkas tapi sedap, sesuai dinikmati selepas musim perayaan. Dengan teknik menggoreng mudah dan cepat, bihun yang dihasilkan lembut, pedas dan cukup rasa.
Diterbitkan pada 26 Jun 2024

Kuetiau Ladna, Wa Tan Hor
Wat Tan Hor (Kuey Teow Ladna) yang ringkas dan sesuai untuk hidangan dinner ketika sibuk. Kuey teow digoreng dengan api besar sehingga garing dan berwarna gelap, kemudian dicurahkan dengan kuah udang yang pekat dan penuh sayur-sayuran.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Kuetiau Kantonis
undefined...
Diterbitkan pada 11 Januari 2024

Mi Kari Ayam
undefined...
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Mi rebus Cucur Udang
undefined...
Diterbitkan pada 24 Jun 2023

Mee Sup super sedap dan mudah, gerenti licin hirup kuah.
undefined...
Diterbitkan pada 19 Januari 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.