ResepiCheNom
Mi Kari Ayam

Resepi Mi Kari Ayam

Prep 45 minMasak 45 minJumlah 1 jam 30 minHidangan 6 orang

Mi Kari Ayam versi sempoi tanpa seafood, lebih jimat tapi tetap padu protein. Kuah pekat pedas berempah dan wangi, sesuai sangat untuk menu harian bila jemu nasi.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Kuah Kari

  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • 1/3 cwn minyak masak1/3 cwn minyak masak
  • Rempah 4 sekawanRempah 4 sekawan
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 2 inci lengkuas2 inci lengkuas
  • 1-2 batang serai1-2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 4-5 biji bawang merah kecil4-5 biji bawang merah kecil
  • 2 sb udang kering2 sb udang kering
  • 1-2 liter air1-2 liter air
  • 4 sb serbuk kari daging4 sb serbuk kari daging
  • 3 sb cili kisar3 sb cili kisar
  • Sedikit airSedikit air
  • 1 biji kentang1 biji kentang
  • 1 keping asam gelugor1 keping asam gelugor
  • 1 kiub pati ayam1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1/2 santan kotak (krim santan)1/2 santan kotak (krim santan)
  • Bebola ikanBebola ikan
  • Tauhu pok/tauhu puffTauhu pok/tauhu puff

Bahan Taburan

  • TaugehTaugeh
  • SawiSawi
  • 2-3 pek mee kuning (450g setiap satu)2-3 pek mee kuning (450g setiap satu)
  • Cili merahCili merah
  • Limau nipisLimau nipis
  • TelurTelur
  • Bawang gorengBawang goreng

Cara Buat Mi Kari Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Kuah Kari

  1. 1
    Potong nipis halia, lengkuas, serai, bawang putih dan bawang merah kecil.
  2. 2
    Rendam udang kering dalam air panas kemudian kisar halus dengan bahan potong tadi dan sedikit air.
  3. 3
    Kentang kupas, basuh dan potong dadu halus (atau boleh rebus dan lenyek halus).
  4. 4
    Tauhu pok gunting 2.
  5. 5
    Bancuh serbuk kari, cili kisar dan sedikit air.
  6. 6
    Potong kecil-kecil ayam.
  7. 7
    Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan, daun kari dan bahan kisar halus. Kacau sampai kering dan kekuningan.
  8. 8
    Tuang masuk bancuhan rempah kari dan air kemudian tumis sampai kering dan pecah minyak. Tambah air 3 kali dan ulang tumis sampai kering 3 kali.
  9. 9
    Masukkan ayam dan kentang. Reneh sampai ayam separuh masak.
  10. 10
    Tambah air, asam keping, kiub pati ayam dan garam. Masak sampai kuah mendidih.
  11. 11
    Tuang masuk santan dan masak sampai kari mendidih dan timbul pecahan minyak. Terus masuk bebola ikan dan tauhu, dan biarkan mendidih sekejap sebelum tutup api.

Bahan Sampingan

  1. 1
    Potong daun sawi (asingkan daun dan batang) dan cili merah.
  2. 2
    Celur taugeh, batang sawi dan daun sawi dalam air panas selama 1 minit kemudian angkat dan bilas dengan air sejuk.
  3. 3
    Celur pulak mee kuning sampai mee terlerai, bilas dengan air sejuk dan gaul sikit dengan minyak.
  4. 4
    Mee kari sedia untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Che Nom guna coconut cream, kalau guna coconut milk boleh lebihkan sikit sebab coconut milk tu lebih kepada santan asli dan mudah pecah minyak.
  • Boleh ganti udang kering dengan udang geragau.
Video
Pengenalan

Kali Che Nom nak share resepi Mi Kari Ayam. Biasa mee kari ada seafood fresh sekali kan. Resepi ni memang tak ada letak seafood fresh. Dari segi kos, lebih murah dan banyak protein hasil pon sedap tak kurang punya.

Yang penting pes tumisan tu kita kena buat betul-betul. Baru lah dapat kuah mi kari yang pekat, pedas, cukup rasa rempah dan wangi.

Mee kari ayam ni sesuai sangat untuk dimasak untuk menu harian sebab bahan pun tak terlalu banyak. Kita sempoi ja. Kadang-kadang tu jemu juga makan nasik kan. Buat penggemar mi, jom lah cuba.

Diterbitkan pada 1 Januari 202424.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru