Kari Ayam Bangladesh

Kali ni Che Nom nak kongsi resepi viral sekarang ni, Kari Ayam Bangladesh! Ha jauh kita pergi. Dan kemudian Che Nom ternampak satu video yang diajar oleh orang Bangladesh sendiri, terus rasa nk cuba. Siap masak tak pakai baju pun ha. Kari ayam ni senang sangat, tak perlu tumis. Cuma masuk semua bahan, gaul dan masak. Cuma kena rajin sikit lah tumbuk bahan. Kalau tak berapa rajin, kisar aja guna food processor/blender kering.

Selain tak perlu tumis, apa yanga special ialah kita guna biji jintan putih, yang tumbuk halus. Bau harum sampai ke Bangladesh. Buah pelaga pun di tumbuk pecah supaya keluar aroma, pertama kali Che Nom cuba cara ni. Hasil kari ni sangat sedap dan meyelerakan.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 4 kg ekor ayam
    • 1 1/2 biji bawang besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang merah kecil
    • 4-5 tangkai cili padi
    • 3 tangkai cili merah
    • 1 inci halia
    • 1 sb jintan putih
    • 2 batang kayu manis
    • 7 biji pelaga
    • 1 1/2 sb serbuk kari daging
    • 1/2 sb serbuk kunyit
    • 1/4 cwn minyak masak
    • 1/2 sb garam
    • 1 1/2 cawan air
    • 2 biji kentang

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Hiris nipis bawang besar. Potong kasar bawang putih, bawang merah kecil, halia, cili padi dan cili merah besar.
    2. Potong kentang kepada 4 bahagian.
    3. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah, halia, jintan putih dan buah pelaga.
  2. Cara-cara untuk masak:
    1. Dalam kuali, masukkan ayam, bahan tumbuk halus, bawang besar, kulit kayu manis, serbuk kari daging, serbuk kunyit, garam dan minyak masak.
    2. Gaul sebati kesemua bahan.
    3. Tambah air, tutup kuali dan masak dengan api perlahan.
    4. Masukkan kentang, sedikit air dan sambung masak sampai kentang empuk dan minyak terapung.
    5. Boleh tambah air untuk lebih berkuah.
    6. Hidang bersama nasi panas.

Tip:

  • Dalam video asal ada guna ayam kampung tapi Che Nom guna ayam daging, boleh guna ayam kampung, ayam akan lebih kenyal dan sedap rasa.
  • Boleh masukkan awal-awal kentang tapi Che Nom tak nak kentang terlalu lembut dan hancur, ikut style masing-masing.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.