Resepi Apom Lenggang
Apom lenggang nostalgia zaman kecil, lembut gebu dengan rasa beras yang sedap. Che Nom guna nasi sejuk cara orang dulu, perap sekejap memang jadi cantik.

Bahan-bahan
Cara Buat Apom Lenggang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
- 2Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
- 3Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
- 4Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
- 5Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 15 hidangan
- Kalori
- 145 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 26 g
- Lemak
- 3 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 7 g
- Natrium:
- 30 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; adunan ~1.2 kg dianggar menjadi 15 keping apom.
- 1 cawan santan dikira santan sederhana pekat (~160 kcal/100 ml).
- Nasi sejuk 3/4 cawan dikira ~135 g nasi masak.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 63g (cawan US 240ml).
- 1/2 cawan gula pasir bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 100g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalama, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya.
Video
Pengenalan
Siapa yang pernah makan apom lenggang masa kecil dulu pasti teringat akan kesedapan apom ni. Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja.
Ada resepi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi. Untuk resepi apom lenggang di bawah ni Che' Nom gunakan nasi sejuk mengikut cara yang dibuat oleh orang-orang tua dahulu.
Apabila bancuhan diperap, rasa yang enak dari beras dan tekstur yang lembut dan gebu akan terhasil.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









