Kari Kepala Ikan
Kari Kepala Ikan yang pekat berempah, pedas, masam, semua cukup rasa. Ada banyak cara masak kari kepala ikan ni, ada kari cara mamak, cara nyonya, cara masakan Cina, cara melayu,yang ni cara biasa Che Nom masak kat rumah aja. Kuah kari kepala ikan mestilah pekat, baru terangkat bila makan. Ikan pun mestilah fresh, baru sedap.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 biji cili hijau
- sedikit air (untuk bancuh rempah)
- 1/2 cawan minyak masak
- 3/4 sudu kecil halba campur
- 3-4 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1-2 tangkai daun kari
- 1 biji tomato
- 3 sudu besar rempah kari ikan
- 1 sudu besar serbuk cili
- anggaran 1/4 cawan air pati asam jawa
- 300g-400g /1 kepala ikan
- 1/2 cawan santan fresh atau 1/3 santan kotak kecil
- garam secukup rasa
- 10 batang sayur bendi
- daun ketumbar (optional)
- 1Hiris nipis bawang merah kecil dan hiris kasar bawang putih beserta halia.
- 2Tumbuk atau kisar bahan hiris kasar sehingga halus.
- 3Belah cili hijau dalam dua bahagian lalu potong memanjang dan hiris kasar sebiji tomato.
- 4Panaskan minyak lalu masukkan halba campur. Tumis bawang merah kecil hingga kekuningan.
- 5Selepas itu, masukkan cili hijau, bahan tumbuk, daun kari dan tomato. Kacau kesemua bahan sehingga naik bau dan tomato menjadi layu.
- 6Bancuh pekat rempah dan serbuk cili bersama sedikit air.
- 7Tuangkan sekali bancuhan rempah bersama bahan tumis dan tambah sedikit air menggunakan bekas bancuhan rempah. Masak sehingga kari pecah minyak.
- 8Masukkan air asam jawa dan tambah air dua-tiga kali sehingga rempah betul-betul masak. Jika tidak, rasa kari akan menjadi tidak sedap.
- 9Kemudian, masukkan kepala ikan dan renehkan sehingga ia masak.
- 101Masukkan sedikit santan dan tambah sedikit air.
- 111Taburkan garam secukup rasa.
- 121Masukkan bendi dan batang ketumbar (pilihan). Teruskan memasak kari sehingga bendi agak layu.
- 131Kari kepala ikan siap untuk dihidang dan dihias bersama daun ketumbar (pilihan).
- •Kari kepala ikan jika dimasak awal dan lagi lama dipanaskan, kuahnya akan menjadi lebih sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kari Pekat Ikan Merah
Jom kita masak kari ikan cara org dulu yang Che nom belajar dari bonda tersayang. Kali ni Che Nom gunakan Ikan Merah yan...
Diterbitkan pada 14 April 2020

Ikan Bawal Masam Manis
Kali ini, Che Nom nak share resepi Ikan Bawal Masam Manis, atau masak sweet sour lah kan biasa kita panggil. Kuah nya cu...
Diterbitkan pada 23 Mac 2023

Gulai Ikan Kembung
Jom tengok Che Nom nak masak gulai atau kari ikan kembung kali ni. Bahan-bahan cukup ringkas, tapi untuk masak kari yang...
Diterbitkan pada 25 Disember 2023

Siakap Bakar Bersambal
Kali ni Che Nom nak tunjuk cara untuk masak ikan bakar bersambal, menggunakan pes sambal yang mantap rasanya. Dalam vide...
Diterbitkan pada 28 Mac 2023

Asam Pedas Ikan Kembung dan Sambal Belacan
Kali ni Che Nom nak masak lauk yang boleh buat menambah-nambah nasik tak cukup sepinggan, iaitu asam pedas ikan kembung....
Diterbitkan pada 17 Februari 2023

Sambal Tumis Ikan Kembung
Kali ni kita masak menu nostalgia yang mak-mak kita suka masak dulu, Sambal Tumis Ikan Kembung. Sebenarnya dalam family ...
Diterbitkan pada 12 September 2022
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...