Siakap Kengsom Thai

Untuk kali ni, Che Nom nak kongsi resepi lauk yg mudah, tapi walau mudah,fuh sedap tak terkata rasa dia Jom masak Siakap kengsom. Menu ni kalau tak silap Che Nom lah, asal dari selatan thai.Kuah nya wangi sgt dari kunyit dan bawang fresh Rasanya pun kena ada pedas dari cili,dan rasa masam- manis sikit dari nenas yg kita masukkan. Sayur pun dimasak sekali, iaitu kangkong. Cara masak seakan resepi asam rebus dari utara, tapi ada sikit perbezaan lah . Biasanya kengsom ni di masak guna ikan siakap. Ala, ikan yg pernah viral, yg gempak satu malaysia dulu tu, Che Nom hidang dengan nasi beras wangi Thai, makan pulak kuah banjir panas-panas, sedap tak tau nak cakap.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 3-4 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 ketul kunyit hidup
    • 6-7 tangkai cili padi
    • 1 biji cili merah
    • 1 inci belacan
    • 1 potong nenas
    • 1 inci lengkuas
    • 2 batang serai
    • Air untuk kuah
    • 1/2 biji nenas
    • 1 ekor ikan siakap
    • 2 sudu besar sos ikan Thai
    • Garam secukup rasa
    • Tambah gula melaka (jika suka)
    • 1 ikat kangkung
    • 2 biji limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk penyediaan:
    1. Potong menyerong nenas (untuk masukkan dalam kuah), potong dadu nenas (untuk kisar).
    2. Potong kasar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi (merah) dan cili merah.
    3. Hiris nipis lengkuas, titik serai, potong limau dan perah jus (boleh ganti jus asam jawa).
    4. Kangkung buang akar dan batang yang keras. Che nom akan letak setangkai panjang kangkong.
    5. Ikan siakap potong 4.
    6. Kisar halus bahan potong kasar, nenas, belacan (boleh ganti perasa), dan air.
  2. Cara-cara untuk Y:
    1. Masuk bahan kisar halus dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas kemudian reneh sampai agak masak (anggaran 10-15 minit).
    2. Tambah air untuk lebih berkuah (jangan banyak sangat takut cair) dan masukkan hirisan nenas. Masak sampai kuah mendidih.
    3. Masukkan ikan (jangan kacau lebih-lebih takut hancur), dan tutup kejap.
    4. Bila ikan dan masak, masukkan sos ikan dan garam cukup rasa (boleh tambah gula melaka jika suka manis). Rebus sikit lagi.
    5. Bila semua dah masak, susun kangkong kemudian tutup api
    6. Akhir sekali masukkan jus limau nipis

Tip:

  • Untuk pilih nenas yang segar, tengok pangkal bawah (tempat cantas) elok atau tak, takut nenas lembik dan cepat busuk.
  • Guna nenas muda untuk masak kengsom, boleh jugak ganti betik muda dan rebung segar.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.