ResepiCheNom
Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

Prep 30 minMasak 1 jamJumlah 1 jam 30 minHidangan 4 orang

Daging Goreng Kunyit masakan yang mudah dan sesuai untuk orang bujang. Che Nom ada share satu tips cara restoran cina untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Daging Kunyit

  • 350g daging lembu350g daging lembu
  • 1/2 sk baking soda (perapan)1/2 sk baking soda (perapan)
  • Air sehingga tenggelam (perapan)Air sehingga tenggelam (perapan)
  • Sedikit garamSedikit garam
  • 1/4 cwn minyak masak1/4 cwn minyak masak
  • 1-2 sk serbuk kunyit1-2 sk serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia1/2 inci halia
  • 1 sb sos tiram1 sb sos tiram
  • Sayur kacang panjangSayur kacang panjang
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • 8-10 tangkai cili padi8-10 tangkai cili padi

Bahan Sambal Belacan

  • 10 tangkai cili padi10 tangkai cili padi
  • 2-3 biji cili merah besar2-3 biji cili merah besar
  • 3 biji limau kasturi3 biji limau kasturi
  • Belacan, sebesar ibu jariBelacan, sebesar ibu jari
  • 1/2 cawan air asan jawa1/2 cawan air asan jawa
  • 1 sk garam1 sk garam
  • 1/2 sb gula1/2 sb gula
  • Serbuk perasa (jika suka)Serbuk perasa (jika suka)

Cara Buat Daging Goreng Kunyit

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Daging Goreng Kunyit

  1. 1
    Potong daging kemudian perap dengan baking soda dan air sampai tenggelam anggaran 15 minit (tujuan untuk lembutkan daging).
  2. 2
    Potong bawang holland, bawang putih, halia, kacang panjang (pilihan) dan cili padi.
  3. 3
    Bilas daging dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
  4. 4
    Masukkan daging dan air dalam kuali dan masak atas api sederhana.
  5. 5
    Bila air dah kering boleh tuang masuk minyak masak dan goreng sampai daging masak.
  6. 6
    Tambah hirisan bawang putih, halia, sos tiram dan serbuk kunyit,
  7. 7
    Last sekali masukkan bawang holland, kacang panjang dan cili padi. Kalau nampak kering sangat boleh tambah air 2-3 sudu.

Sambal Belacan

  1. 1
    Limau kasturi belah 2 dan buang biji.
  2. 2
    Cili padi dan cili merah besar buang tangkai dan potong kasar.
  3. 3
    Belacan cucuk dekat garfu lepastu bilas dengan air sikit dan bakar sampai wangi.
  4. 4
    Asam jawa bancuh dengan 1/2 cwn air.
  5. 5
    Kisar kasar limau, cili, air asam jawa, belacan bakar, gula dan garam.
  6. 6
    Dah siap kisar boleh tambah sos ikan atau serbuk seasoning kalau suka.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk lembutkan daging kita boleh guna bahan acidic macam lemon atau limau untuk breakdown collagen dalam daging.
  • Atau boleh guna Chinese style perap sekejap dengan baking soda, kaedah ni dipangil velveting. Sukatan baking soda 1% daripada jumlah berat daging. Kalau daging 300g baking soda 3g je.
  • Buang biji limau sebab kita nak kisar semua sekali dengan sambal belacan, kalau ada tertinggal biji nanti sambal jadi pahit.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Lepas dah perap daging dengan baking soda, pastikan basuh sampai hilang kesan baking soda, jangan tak basuh nanti payau rasa dia.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi daging sempena daging korban lagi lah ni, iaitu Daging Goreng Kunyit yang cukup lembut dan juicy daging nya. Masakan ni mudah, sesuai untuk orang bujang. Kalau nak makan kat luar mahal ni.

Macam mana nak dapat daging yang lembut dan juicy. Ada satu tips yang Che Nom share, cara restoran cina yang sesuai sangat untuk masakan stir fry. Dagingnya tak perlu masak lama.

Hidangan ni dipadan kan juga dengan sambal belacan resepi favourite Che Nom. Makan dengan nasi panas, dgn kicap fuh dah cukup.

Diterbitkan pada 3 Julai 202425.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru