![Sambal Sardin](/images/recipes/Sambal_Sardin.jpg)
Sambal Sardin
Kali ni Che Nom nak share resepi Sambal Sardin kuah sambal. Bahan-bahan tak susah nak cari dan untuk orang bujang senang lah nak masak, menu express. Kadang nak bersahur tak tau nak masak apa, boleh lah cuba masak sambal cara ini.
Ikan sardin dalam tin kita goreng dulu sebelum dimasak kuahnya dengan bahan tumis kisar. Lain ye rasa sedap bila goreng ikan.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi
- 4 biji bawang merah kecil
- 1-2 biji kentang
- 1 sb sos tiram
- 2 sb sos cili
- 1/2 biji bawang besar
- Garam secukup rasa
- Sedikit perahan jus limau nipis
- 1 tin besar sardin
- 1Potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih, kemudian kisar kasar.
- 2Potong membulat bawang besar (untuk taburan).
- 3Kentang kupas kulit, potong wedges, rendam sekejap kemudian gaul dengan garam.
- 4Panaskan minyak dan goreng kentang. Bila kentang dah perang boleh angkat dan ketepikan.
- 5Asingkan isi ikan sardin dan kuah kemudian goreng ikan sampai garing.
- 6Angkat ikan dan ketepikan dulu.
- 7Tumis bahan kisar kasar sampai layu.
- 8Masukkan semua kuah sardin dan kacau sampai pecah minyak.
- 9Masukkan garam, sos tiram, sos cili, kentang goreng dan ikan sardin goreng.
- 10Tambah air sikit kalau kuah kering.
- 11Perah sedikit jus limau nipis (untuk hilang hanyir ikan).
- 12Akhir sekali tabur hirisan bawang besar dan cili padi.
- •Masa asingkan isi ikan dan kuah, bilas sikit isi ikan dengan air untuk kurangkan effect meletup masa goreng nanti.
- •Goreng kentang dengan api sederhana. Luar kentang biar perang tapi dalam kentang keras sikit takpa sebab kita akan masak lagi sekali.
- •Masa goreng ikan, tunggu garing sebelah bawah baru alih, kalau alih cepat sangat nanti isi ikan jadi mudah hancur.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
Ikan Bakar Dan Air Asam
Kali ni Che Nom nak share resepi Ikan bakar air asam yang sedap sangat dan mudah untuk disediakan. Che Nom akan tunjuk c...
![Sambal Tumis Ikan Kembung](/images/recipes/Sambal_Tumis_Ikan_Kembung.jpg)
Sambal Tumis Ikan Kembung
Kali ni kita masak menu nostalgia yang mak-mak kita suka masak dulu, Sambal Tumis Ikan Kembung. Sebenarnya dalam family ...
![Ikan Bawal Masam Manis](/images/recipes/Siakap_Sweet_Sour-3.jpg)
Ikan Bawal Masam Manis
Kali ini, Che Nom nak share resepi Ikan Bawal Masam Manis, atau masak sweet sour lah kan biasa kita panggil. Kuah nya cu...
Siakap Stim Lemon
Siakap stim lemon, menu favourite Che Nom sekeluarga. Menu ni mudah, sihat dan sesuai lah bagi penggemar ikan atau sesia...
![Siakap Bakar Bersambal](/images/recipes/Siakap_Bakar_Bersambal.jpg)
Siakap Bakar Bersambal
Kali ni Che Nom nak tunjuk cara untuk masak ikan bakar bersambal, menggunakan pes sambal yang mantap rasanya. Dalam vide...
![Asam Pedas Ikan Kembung dan Sambal Belacan](/images/recipes/Asam_Pedas_Ikan_Kembung_2.jpg)
Asam Pedas Ikan Kembung dan Sambal Belacan
Kali ni Che Nom nak masak lauk yang boleh buat menambah-nambah nasik tak cukup sepinggan, iaitu asam pedas ikan kembung....