
Sambal Paru Goreng
Jom tengok Che Nom masak menu simple yang boleh dibuat sebagai stok makanan di kala kecemasan, takde kecamasan pon berbaloi masak. Ini lah Sambal Paru Rangup pedas menyengat, sambal kering yang sesuai simpan dalam balang kedap udara untuk tahan lebih lama.
Mula-mula Che Nom tunjuk cara untuk proses paru dari step merebus sampai lah cara goreng paru rangup. Kemudian tunjuk pulak cara buat bawang goreng rangup dan cara buat sambal kering untuk digaul sekali. Bahan-bahan nya simple aja, tapi cukup mantap makan nasi tak cukup sepinggan. Makan dengan bubur pon layan. Paru ni tak mahal macam daging lembu, menjadi sedap kalau kena masakannya.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 inci halia
- 1/2 sb garam
- 600g paru lembu
- Air (untuk rebus)
- 1 sk serbuk ketumbar
- 1 sk serbuk kunyit
- Sedikit garam
- 2 keping asam gelugor
- 10 biji bawang merah ros
- 1 sk garam
- 2 sb tepung beras
- 1 sb gula
- 20-25 biji cili kering
- 1/2 sb serbuk seasoning
- Sedikit garam
- 1Gunting cili kering, bilas dengan air, buang biji kemudian rendam sampai lembut dan toskan.
- 2Goreng cili kering sampai kering dan ranggup.
- 3Masuk cili kering goreng, serbuk seasoning, gula dan garam dalam food processor kemudian kisar sederhana halus.
- 1Hiris nipis bawang merah kecil. Gaul hirisan bawang dengan garam dan tepung beras.
- 2Panaskan minyak dan goreng bawang sampai garing.
- 1Perah limau atas paru dan gaul-gaul (boleh ganti air pati asam jawa). Kemudian basuh bersih.
- 2Rebus paru dengan halia dan garam anggaran 40-50 minit atau sampai masak.
- 3Bila paru dah masak boleh bilas dengan air dan sejukkan.
- 4Hiris paru nipis-nipis kemudian gaul dengan dengan garam, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit.
- 5Goreng paru dan asam keping sampai garing dan ranggup (Che Nom goreng anggaran 30 minit lebih).
- 6Gaul paru dengan cili kering kisar tadi, ¼ minyak goreng dan bawang goreng.
- 7Dah siap bolehlah hidang dengan nasi panas.
- •Nak hilangkan bau hanyir paru, kita oleh rebus dengan halia, serai atau asam keping.
- •Bawang merah pastikan kering sebelum hiris.
- •Goreng bawang api jangan besar sangat sebab takut cepat hangus. Kena kerap kacau jugak lah.
- •Macam mana nak tau paru dah masak, bila kita gunting tu dalam dia dah tak berdarah dan merah. Kalau merah atau pink lagi sambung rebus.
- •Paru ni kalau kita simpan lama dalam peti sejuk akan jadi lagi keras dan senang nak potong. Kalau panas dia jadi macam gummy sikit.
- •Petua untuk ranggupkan paru, kita kena goreng sekali dengan asam keping.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.
Diterbitkan pada 8 Jun 2025

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!
Diterbitkan pada 8 Jun 2025

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat
Daging Masak Hitam kenduri, pekat, berempah, dan sangat menyelerakan.
Diterbitkan pada 15 Februari 2025

Daging Masak Hitam Berempah
Daging Masak Hitam berempah sedap sangat kalau makan bersama nasi tomato atau nasi minyak, dipadankan pulak dengan jelatah timun memang wajib cuba.
Diterbitkan pada 15 Januari 2025

Daging Black Pepper
Daging masak black pepper, resepi mudah dan confirm habis makan sepinggan. Kalau ada daging bahagian subprime cut macam batang pinang memang sesuai sangat untuk masakan stir fry macam ni.
Diterbitkan pada 12 Julai 2024

Daging Goreng Kunyit
Daging Goreng Kunyit masakan yang mudah dan sesuai untuk orang bujang. Che Nom ada share satu tips cara restoran cina untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy.
Diterbitkan pada 3 Julai 2024
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.