ResepiCheNom
Creamy Pasta Pedas Bersama Fillet Ayam

Resepi Creamy Pasta Pedas Bersama Fillet Ayam

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jam

Spicy Creamy Fried Chicken Pasta dihidangkan dengan fillet ayam goreng yang cukup pedas dan berlemak dari Anchor whipping cream. Siapa yang suka western food, Che Nom recommend sangat cuba resepi ni.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Creamy Pasta

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 2 sb mentega2 sb mentega
  • 2 tangkai cili padi2 tangkai cili padi
  • 1/4 biji bawang holland1/4 biji bawang holland
  • 3-4 biji cendawan butang3-4 biji cendawan butang
  • 1 sb serbuk kari1 sb serbuk kari
  • 5-6 biji tomato ceri5-6 biji tomato ceri
  • 1 cwn whipping cream1 cwn whipping cream
  • 2 keping keju cheddar2 keping keju cheddar
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1/2 sb jus lemon1/2 sb jus lemon
  • Daun parsleyDaun parsley

Bahan Perapan Ayam

  • 1 ketul dada ayam1 ketul dada ayam
  • 1/2 sb serbuk kari1/2 sb serbuk kari
  • 1/2 sb serbuk cili1/2 sb serbuk cili
  • 1/2 sk serbuk lada hitam1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih1 ulas bawang putih
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam
  • 1 sk serbuk seasoning1 sk serbuk seasoning
  • 1/3 cwn whipping cream1/3 cwn whipping cream
  • 1 sb jus lemon1 sb jus lemon

Bahan Salutan Ayam

  • 1/2 cwn tepung gandum1/2 cwn tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung jagung1/4 cwn tepung jagung
  • 1 sk serbuk seasoning1 sk serbuk seasoning
  • 1/2 sk serbuk lada hitam1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam

Cara Buat Creamy Pasta Pedas

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Ayam Fillet

  1. 1
    Trim lemak atau ayam, kemudian potong kepada fillet panjang.
  2. 2
    Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk cili, serbuk lada hitam, bawang putih parut, garam, serbuk seasoning, Anchor Whipping cream dan jus lemon.
  3. 3
    Perap selama ½-1 jam dalam peti sejuk.
  4. 4
    Untuk tepung salutan campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, serbuk seasoning dan garam.
  5. 5
    Keluarkan ayam perap tadi dan tambah 1-2 sb air dan salut isi ayam dalam tepung.
  6. 6
    Panaskan minyak dan goreng sampai goreng keemasan.

Spicy Creamy Pasta

  1. 1
    Potong bawang putih, cili padi, bawang holland dan cendawan butang, cerry tomato belah 2 ja.
  2. 2
    Didihkan air yang banyak, kemudian masukkan 1-2 sb garam dan rebus spaghetti (fettucine) sampai lembut.
  3. 3
    Bila dah masak toskan spaghetti dan drizzle dengan olive oil. Simpan 1 cawan air rebusan untuk masak kuah nanti.
  4. 4
    Panaskan butter dan tumis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
  5. 5
    Bila bawang dah kekuningan, masukkan pulak cendawan, tambah serbuk kari, tomato dan Anchor Whipping Cream.
  6. 6
    Tambah kepingan cheese chedar dan air rebusan spaghetti untuk lebih berkuah.
  7. 7
    Untuk balance kan rasa masukkan garam (jangan banyak sebab air rebusan dan cheese tadi dah masin) dan jus lemon.
  8. 8
    Tutup api kemudian masukkan spaghetti fettucine dan hirisan daun parsley.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tepung salutan kering ayam goreng tu kalau banyak ketul-ketul boleh ayak buang. Kalau tak cukup buat lagi adunan kering.
  • Lepas dah rebus spaghetti drizzle sikit olive oil untuk elak melekat.
  • Kuah ni cepat kering, boleh tambah air rebusan spaghetti kalau nak lebih berkuah.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi berasaskan pasta iaitu Spicy Creamy Fried Chicken Pasta, tu dia geleng kepala orang Italy tengok menu ni.

Rasa kuah salutannya cukup dengan pakej berlemak dari Anchor whipping cream, rasa pedas dari rempah dan cili api, ha gerenti tak muak.

Untuk lebih special, kita hidangkan dengan fillet ayam goreng yang diperap juga dengan whipping cream, dan rempah-rempah lain. Ha tak payah nak beli banyak-banyak jenis bahan. Hasil ayam goreng memang juicy, rangup di luar dan lembut di dalam, siapa yang suka western food, Che Nom recommend sangat cuba resepi ni masak untuk family.

Diterbitkan pada 10 Julai 202411.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru