Maklumat Resepi

Gulai Daging Kawah

Gulai Daging Kawah

Sempena musim daging korban ni, jom tengok Che Nom share resepi Gulai Daging Kawah ala kenduri. Kalau sebelah utara gulai ni kuah kari merah, jangan confuse dengan gulai kuah kuning ye. Sebab ada banyak daging, dan kebetulan ada daging bahagian yang bukan prime cut iaitu bahagian yang keras dan agak liat jadi sesuai lah kalau kita buat masakan berkuah.

Kita reneh perlahan-lahan sampai daging meresap dengan kauh, dan masak lembut. Gulai daging ni bg Che Nom kurang sesuai kalau pakai daging batang pinang. Yang banyak urat tu lebih sedap dan tak kering bila kita masak lama, juga ‘full of flavour’. Resepi ni menghasilkan gula kawah yang sedap, wangi, pekat dan cukup berlemak dgn santan segar dan kerisik juga homemade. Cara nak buat kerisik pun ada dalam resepi ni.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan daging gulai kawah:
    • 1 kilo daging
    • 1 cwn minyak masak
    • Rempah 4 sekawan
    • 2-3 tangkai daun kari
    • 1 helai daun pandan
    • 1 biji bawang besar
    • 4 sb serbuk kari daging
    • 2 sb cili kisar
    • 2-3 cwn santan cair
    • ATAU air biasa
    • 1 keping asam gelugor
    • 2 sb kerisik
    • 3-4 biji kentang
    • 1/2 sb gula melaka
    • Garam secukup rasa
    • 2 cwn santan (dari 1/2 biji kelapa)
    • ATAU 1 kotak kecil santan segera
  • Bahan-bahan kisar halus:
    • 6-7 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 ketul kunyit hidup
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas

Cara Penyediaan:

  1. Hiris nipis bawang merah besar.
  2. Kisar halus bawang merah kecil, bawang putih, kunyit hidup, halia dan lengkuas.
  3. Potong kentang kepada 2-3 bahagian.
  4. Bancuh serbuk kari daging dan cili kisar (atau cili boh) dengan sedikit air.
  5. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, daun pandan, daun kari dan bawang merah besar.
  6. Masukkan bancuhan rempah kari dan air, kemudian tumis sampai pecah minyak.
  7. Bila tumisan dah kering, ulang tambah air dan sambung lagi tumis.
  8. Masukkan bahan kisar halus dan masak sampai kering dan masak garing.
  9. Masukkan semua daging (api perlahan masa ni). Che Nom tambah biji kurma untuk lembutkan daging.
  10. Masukkan santan cair (atau air biasa kalau pakai santan kotak) dan asam keping.
  11. Sementara tunggu daging masak, Che Nom sangai kelapa parut (1/2 biji kelapa) sampai perang, ringan dan ranggup.
  12. Bila dah sangai, cepat-cepat tumbuk masa masih panas (tapi Che Nom kisar je dengan blender kering).
  13. Dalam gulai kawah tadi masukkan kentang, kerisik, gula nisan, garam dan santan pekat.
  14. Sambung masak sampai mendidih, santan pecah minyak dan gulai pekat.
  15. Dah siap sedia untuk dihidang.

Tip:

  • Che Nom guna daging potongan agak keras, potongan four quarters, ada banyak connective tissue. Gulai daging ni kurang sesuai kalau kita pakai bahagian yang lembut macam batang pinang.
  • Api perlahan sebab taknak daging terkejut, nanti connective tissue akan jadi keras dan lambat nak lembut

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: