Singgang Ikan Tongkol
Ikan

Singgang Ikan Tongkol

Kali ni Che Nom nak share menu sangat sihat sebab semuanya direbus, iaitu Singgang Ikan Tongkol. Che Nom guna ikan tongkol putih dalam resepi ni. Fresh sangat baru beli kat pasar. Masak singgang ni walaupun simple, tapi jangan pandang sebelah mata. Bila kita makan dengan sambal belacan atau budu, dengan ulam ulaman ke uiiii menambah-nambah lah nasik.

Ada sekali di resepi ni Che Nom share cara buat sambal belacan yang marvellous. Kalau kita rasa kurang sihat pun, menu-menu mcm ni sangat lah sesuai disebabkan kurang berminyak. Sesiapa yang belum pernah cuba masak, jom follow resepi ni.

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 19 Januari 20242263 paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 4-5 cwn air
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 inci lengkus
  • 5 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2-3 asam keping
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 2-3 sk garam
  • 1/2 sb gula
  • 4 biji cili besar
  • Bendi
  • 1 sk budu

  • 2-3 biji limau kasturi
  • 10-15 tangkai cili padi
  • 3 tangkai cili besar
  • 1/2 cwn air pati asam jawa
  • 1 inci belacan
  • 1-2 sb gula
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak

  1. 1
    Potong kasar bawang besar, lengukuas dan bawang putih.
  2. 2
    Trim tangkai cili merah, cili padi dan bendi.
  3. 3
    Panaskan air dalam periuk dan masukkan bawang besar, bawang putih lengkuas dan cili padi.
  4. 4
    Basuh bersih asam keping dan masuk dalam periuk. Masak sampai mendidih.
  5. 5
    Masukkan semua ikan tongkol dan rebus sekejap.
  6. 6
    Perasakan dengan garam, gula dan serbuk seasoning (pilihan).
  7. 7
    Masukkan bendi, cili besar dan budu sikit.
  8. 8
    Rebus sampai cili dan bendi layu.

  1. 1
    Belah 2 limau kasturi dan buang biji.
  2. 2
    Buang tangkai cili padi dan cili besar kemudian potong kasar (kalau nak lebih pedas boleh letak semua cili padi).
  3. 3
    Rendam asam jawa dengan air dan ramas sampai pekat.
  4. 4
    Kisar kasar limau kasturi, cili merah, cili padi, belacan bakar, gula, garam dan air asam jawa (masuk sampai tenggelam separuh).
Petua & Panduan
  • Che Nom lebih suka ikan tongkol putih sebab lebih sedap, lembut, manis dan kurang hanyir.

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Resipi Berkaitan