ResepiCheNom
Sambal Tumis Ikan Kembung
Ikan

Resepi Sambal Tumis Ikan Kembung

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 6 orang

Sambal Tumis Ikan Kembung menu nostalgia mak-mak dulu, kuah pekat berpalit dan cukup seimbang manis, pedas serta masam sikit. Makan dengan nasi panas memang padu.

Bahan-bahan

Bahan

  • 2 sk serbuk kunyit2 sk serbuk kunyit
  • 6-8 ekor ikan kembung6-8 ekor ikan kembung
  • 2 sk garam halus2 sk garam halus
  • 4 biji bawang merah kecil4 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia1/2 inci halia
  • 15 biji cili kering15 biji cili kering
  • 2 senduk minyak masak2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 1 sb sos tiram1 sb sos tiram
  • 2-3 sb air asam jawa2-3 sb air asam jawa
  • 2 sb gula putih2 sb gula putih
  • 2 sb sos ikan2 sb sos ikan
  • 2 sb sos cili2 sb sos cili
  • Daun bawangDaun bawang

Cara Buat Sambal Tumis Ikan Kembung

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Ikan Goreng

  1. 1
    Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. 2
    Panaskan minyak dan goreng sampai garing.
  3. 3
    Angkat dan ketepikan

Untuk Sambal Tumis

  1. 1
    Potong kasar bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. 2
    Cili kering, gunting dan rebus sampai lembut dan tapis keluar biji.
  3. 3
    Kisar sampai halus bahan potong kasar, cili kering dengan sedikit air (boleh tambah belacan kalau suka).
  4. 4
    Bawang besar potong membulat.
  5. 5
    Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang besar sampai layu.
  6. 6
    Masukkan bahan kisar halus dan air sampai pecah minyak.
  7. 7
    Bila kuah dah garing masukkan sos tiram, air asam jawa, gula putih, sos ikan thai dan sos cili. Teruskan masak sampai kuah menjadi gelap.
  8. 8
    Masukkan hirisan bawang besar dan ikan goreng. Kacau perlahan sampai sambal dan ikan goreng bergaul sebati.
  9. 9
    Hidang dan tabur dengan daun bawang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tips untuk goreng ikan, kalau mata ikan bertukar warna putih maknanya ikan dah boleh alih.
  • Untuk tak nak ikan melekat, pastikan minyak betul-betul panas ataupun percik dengan sedikit garam atau masukkan asam keping sebelum goreng. Tapi yang paling penting periuk perlu well season sebelum guna.
  • Untuk tumis sambal pastikan minyak lebih sikit barulah sambal tumis masak elok.
Video
Pengenalan

Kali ni kita masak menu nostalgia yang mak-mak kita suka masak dulu, Sambal Tumis Ikan Kembung. Sebenarnya dalam family Che Nom lauk ni paling sedap dimasak oleh abang Che Nom yang nombor 2. Dia memang paling berbakat memasak dalam family, malah lebih berbakat memasak dari Che Nom.

Sambal tumis air tangan beliau memang cukup pekat berpalit bak kata orang Kedah. Cukup dengan rasa manis, rasa pedas, ada rasa masam-masam sikit dan sampai sekarang pun Che Nom tak boleh lawan.

Ada satu bahan yang selalu dimasukkan kalau masak sambal ikan. Boleh rujuk resepi ye!

Diterbitkan pada 12 September 202260.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru