Ikan Bawal Masam Manis
Ikan

Ikan Bawal Masam Manis

Kali ini, Che Nom nak share resepi Ikan Bawal Masam Manis, atau masak sweet sour lah kan biasa kita panggil. Kuah nya cukup pekat dengan rasa masam, manis, dan pedas.

Resepi nya pun mudah, bahan senang aja nak cari, dan cukup berselera kalau dihidang untuk dimakan beramai-ramai.Tak payah tunggu pergi restoran.

Sesuai sangat kalau ada ikan bawal yang fresh. Kita goreng garing-garing, dan tuang kuah sweet sour atas nya.

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 23 Mac 20233865 paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Video ini terkunci. Sila langgan untuk akses.

Bahan-bahan

  • 2 sb cili kisar
  • 1 ekor Ikan Bawal
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • 3-4 sb minyak masak
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1-2 biji tomato
  • Lada benggala
  • Nenas
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1-2 sk gula
  • Sedikit garam
  • 1 tangkai cili merah
  • Daun sup
Cara Memasak

  1. 1
    Potong kasar tomato, nenas (atau sos tomato), dan lada benggala (atau timun dipotong dadu).
  2. 2
    Bawang holland bahagi dua, separuh potong besar untuk taburan akhir kuah, saparuh lagi pootng dadu untuk tumisan.
  3. 3
    Bawang putih dan halia ketuk sikit (dengan pisau) dan cincang halus.
  4. 4
    Cili merah belah 2, buang biji dan hiris nipis.
  5. 5
    Daun sup hiris nipis (boleh ganti daun bawang kalau suka).
  6. 6
    Ikan bawal, potong sirip dan kelar badan ikan (kalau kelar banyak, lebih mudah garing bila goreng nanti).
  7. 7
    Perap ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Salut sebati. Pastikan celah-celah tempat kelar pon kena garam dan kunyit tadi.

  1. 1
    Panaskan minyak dan tumis bahan cincang halus tadi (bawang holland, halia dan bawang putih).
  2. 2
    Bila dah kekuningan, masuk cili kisar dan sambung tumis sampai garing.
  3. 3
    Masukkan tomato dan kacau sampai tomato mula hancur.
  4. 4
    Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
  5. 5
    Boleh masukkan nanas, Che Nom masuk awal-awal ni sebab nak keluarkan jus jadi lebih sedap la kuah masam manis nanti.
  6. 6
    Tambah air sikit untuk lebih berkuah.
  7. 7
    Tambah sedikit gula dan garam. Masak sampai kuah mendidih.
  8. 8
    Bila kuah dan mendidih, boleh masukan lada benggala, bawang holland dan separuh hirisan cili merah.
  9. 9
    Kalau suka kuah yang masam boleh perah sikit limau nipis.
  10. 10
    Masak sampai bawang layu sikit kemudian boleh tutup api.

  1. 1
    Sebelum goreng, bedakkan ikan bawal dengan tepung jagung.
  2. 2
    Panaskan minyak dan goreng ikan sampai garing.
  3. 3
    Angkat ikan dan kemudian tuang kuah masam manis atas ikan goreng.
  4. 4
    Tabur daun sup dan hirisan cili merah sebagai hiasan.
Petua & Panduan
  • Kalau dah masukkan nenas Che Nom tak masukkan dah sos tomato. Rasa masam manis dari nenas dah cukup.
  • Ikan ni memang Che nom kelar banyak-banyak dan dalam-dalam sampai kena tulang, baru ikan mudah garing.
  • Kalau guna kuali kecil boleh potong dua ikan untuk mudah goreng.
Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Resipi Berkaitan