Maklumat Resepi

Vietnam Roll Sos Hijau

Vietnam Roll Sos Hijau

Kali ni Che Nom nak share resepi yang bertemakan sayur pulak, sebab sebelum ni asyik daging dan asyik ayam je kan. Jom tengok cara nak buat Vietnamese spring roll atau Vietnam roll yang dicicah bersama dengan sos hijau yang lemak, berkrim dan pedas rasanya.

Untuk Vietnam roll kita guna rice paper yang diperbuat dari beras. Tak perlu masak, cuma rendam sekejap aja smpai lembut dan gulung, tapi kena bnyk praktis sebab kalau lembut sangat boleh koyak dan kalau keras pula susah nk gulung. Inti pula boleh guna bahan-bahan yang kita suka. Sama ada nak letak salad, sayur dan ulaman, letak crabstick. Crabstick ni ramai org berniaga guna dan kalau nak lebih sihat boleh juga letak chicken grill.

Sos hijau nya memang padu, warna hijau tu datang dari 2 bahan iaitu ketumbar dan cili hijau. Sos ni ada rasa masam, manis, dan berlemak. Boleh bikin ketagih. Kalau dulu Che Nom dah share resepi sos merah, kalini kita buat sos hijau lah pulak. Menu ni popular kalau buat berniaga, jadi kalau sesiapa yang nak cari duit poket boleh lah cuba.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan vietnam roll:
    • Rice paper
    • Suhun
    • Timun
    • Lobak merah
    • Daun Salad
    • Anggaran 15 batang jejari ketam
  • Bahan-bahan sos hijau:
    • 3/4 cwn mayonis
    • 1 pokok daun ketumbar
    • 8 tangkai cili padi hijau
    • 2 sb sos ikan
    • 1/2 sb gula perang
    • 1/3 cawan air
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 biji limau nipis (ambij jus)
    • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara Vietnam spring rolls:
    1. Potong carrot dan timun nipis dan memanjang (julienne cut).
    2. Crabstick rendam dalam air suam kemudian belah 2 (boleh ganti udang atau sotong rebus kalau suka).
    3. Rebus suhun anggaran 3-4 minit kemudian tutup api dan biarkan suhun kembang. Bila dah kembang boleh tos air dan bilas dengan air biasa untuk buang kanji.
    4. Rendam rice paper dalam air 1-2 saat
    5. Susun crabstick, salad, suhun, timun dan carot ditengah-tengah
    6. Gulung rice paper sampai habis kemudian potong 2.
  2. Cara-cara sos hijau:
    1. Cili padi hijau buang tangkai.
    2. Kisar halus mayonis, cili padi hijau, daun ketumbar (sekali dengan akar), gula perang, sos ikan, air, bawang putih dan secubit garam.
    3. Bila dah siap kisar, perah masuk jus limau nipis dan gaul sebati.
    4. Sedia untuk dihidang dengan Vietnam spring rolls.

Tip:

  • Lepas rebus suhun, kita kena bilas dengan air sejuk untuk elak suhun melekat.
  • Air untuk rendam rice paper tu seeloknya guna air masak, kalau air paip nanti sakit perut pulak. Kalau air tu suam-suam sikit lagi bagus baru rice paper cepat lembut.
  • Sebelum rendam rice paper Che Nom dah basahkan tangan dan pinggan untuk elak rice paper melekat.
  • Rice paper tu jangan terlebih rendam sebab lepas angkat dia akan lembut sikit lagi.
  • Untuk elak rice paper cepat koyak kita kena letak salad sebagai base (Che Nom letak selepas letak crabsticks) baru letak bahan-bahan yang keras macam timun dan carrot.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan:

Sardin Roll style makcik kantin

Sardin gulung style makcik kantin dulu-dulu idea terbaik kalau ada roti keping yang nak dihabiskan dan takut expired. Memang layan buat minum petang atau sarapan.