ResepiCheNom
Keli Balado
Ikan

Resepi Keli Balado

Prep 25 minMasak 30 minJumlah 55 minHidangan 5 orang

Jom buat Keli Balado-ikan keli goreng rangup tak meletup, lepas tu gaul dengan sambal balado cili segar yang simple tapi padu. Sedap makan panas-panas dengan nasi.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Keli Goreng

  • 4-5 ekor ikan keli4-5 ekor ikan keli
  • 2 sk serbuk kunyit2 sk serbuk kunyit
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Tepung berasTepung beras
  • 3 sb tepung gandum, utk mencuci3 sb tepung gandum, utk mencuci
  • 3 bijil limau kasturi, utk mencuci3 bijil limau kasturi, utk mencuci
  • 1 asam gelugor1 asam gelugor

Bahan Sambal Balado

  • ½ biji tomato½ biji tomato
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah besar2 biji bawang merah besar
  • 5-7 biji cili merah5-7 biji cili merah
  • 6-10 tangkai cili padi merah6-10 tangkai cili padi merah
  • ½ inci belacan½ inci belacan
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 1-2 sb air asam jawa1-2 sb air asam jawa
  • 3 helai daun limau purut3 helai daun limau purut
  • Gula secukup rasaGula secukup rasa
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Perasa, jika sukaPerasa, jika suka

Cara Buat Keli Balado

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Sambal Balado

  1. 1
    Kisar kasar bawang putih, bawang merah besar, cili merah,dan cili padi merah.
  2. 2
    Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar kasar sehingga layu dan naik bau.
  3. 3
    Masukkan belacan, sos tiram, air asam jawa, hirisan tomato, daun limau purut, gula dan garam secukup rasa serta serbuk perasa (pilihan).

Untuk Keli Goreng

  1. 1
    Cuci ikan keli sehingga hilang lendir dan bau hanyir lalu kelar kedua-dua belah bahagian ikan.
  2. 2
    Gaul sekata serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan keli. Perap seketika.
  3. 3
    Gaul dan salutkan ikan keli dengan tepung beras.
  4. 4
    Panaskan minyak masak dan goreng ikan keli sehingga masak.

Untuk Keli Balado

  1. 1
    Angkat ikan keli dan toskan minyak.
  2. 2
    Taburkan sambal balado diatas ikan keli goreng.
  3. 3
    Kemudian, keli balado siap untuk dihidang dan lebih sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Cara untuk hilangkan lendir dan hanyir pada ikan keli adalah dengan membasuh ikan keli dengan 3 atau 4 sudu besar tepung gandum. Selepas hilang lendir, perah jus limau kasturi / limau nipis / cuka / asam jawa untuk hilangkan bau hanyir ikan keli. Biarkan ikan keli lebih kurang 10-15 minit lalu bilas sebelum disalut tepung.
  • Jika mahukan ikan keli goreng lebih rangup, kelarkan kedua belah bahagian ikan hingga ke tulang.
  • Jika tidak mahu masukkan belacan, boleh masukkan sos tiram sahaja.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Tepung beras adalah petua bagi mengelakkan minyak meletup ketika menggoreng ikan keli dan ikan keli goreng akan menjadi lebih rangup. Selain tepung beras, boleh juga gaulkan cuka untuk rangupkan tekstur ikan keli goreng.
  • Petua lain supaya minyak tidak meletup adalah dengan memasukkan asam keping, hirisan halia ataupun sedikit taburan tepung beras kedalam minyak panas sebelum menggoreng ikan keli.
Video
Pengenalan

Jom kita masak ikan keli goreng balado kali ni. Ada tips untuk dapatkan ikan keli goreng yang rangup dan juga tak meletup bila digoreng. 13 tahun lepas Che Nom pernah goreng tapi letupan dia masyaAllah macam nak perang. Sekarang baru ada keberanian nak cuba semula.

Memang hasil nya sangat memuaskan kali ni. Sambal pula Che Nom masak menggunakan cili fresh, dan masak sambal balado yang simple tapi sedap sungguh kalau makan panas-panas dengan nasi.

Diterbitkan pada 28 Jun 202242.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru