ResepiCheNom
Singgang Ikan Kembung
Ikan

Resepi Singgang Ikan Kembung

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 minHidangan 8 orang

Singgang ikan kembung ni menu simple tapi cukup nostalgia, tak guna minyak dan tak perlu menumis.

Bahan-bahan

Bahan

  • Serbuk perasa, jika sukaSerbuk perasa, jika suka
  • 8 ekor ikan kembung8 ekor ikan kembung
  • Sedikit kunyitSedikit kunyit
  • Sedikit garamSedikit garam
  • 3-4 cawan air3-4 cawan air
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 2 ketul kunyit hidup2 ketul kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • 1-2 keping asam gelugor1-2 keping asam gelugor
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil2 biji bawang merah kecil
  • 6 tangkai cili padi6 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato (pilihan)1 biji tomato (pilihan)
  • Sedikit ikan bilis (pilihan)Sedikit ikan bilis (pilihan)
  • Sayur bendiSayur bendi
  • Garam & gula secukup rasaGaram & gula secukup rasa

Cara Buat Singgang Ikan Kembung

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Ikan Singgang

  1. 1
    Potong nipis halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.
  2. 2
    Ketuk sikit lengkus dan serai biar pecah sikit.
  3. 3
    Kunyit hidup potong kasar, tumbuk halus dengan sedikit garam kemudian lumur pada ikan (boleh ganti serbuk kunyit). Perap sekejap ikan.
  4. 4
    Potong tangkai bendi dan cili padi (Che Nom belah sikit dekat hujung).
  5. 5
    Tomato belah 4.
  6. 6
    Ikan bilis kupas dan buang perut.
  7. 7
    Masukkan air, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup dan ikan bilis dalam kuali. Masak sampai mendidih.
  8. 8
    Masukkan hirisan bawang putih, bawang merah dan asam gelugor.
  9. 9
    Bila dah mendidih masukkan garam, gula dan bendi.
  10. 10
    Bila bendi dah layu, masukkan ikan kembung dan perlahan api.
  11. 11
    Bila ikan kembung dah masak, tabur cili padi dan tomato. Kemudian cepat-cepat tutup api.
  12. 12
    Boleh tambah garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  13. 13
    Hidang Bersama nasi panas.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau guna lengkuas tua / keras ketuk dengan lesung biar pecah sikit, tak perlu hancur takut berserat pulak kuah nanti.
  • Biasanya untuk sayur orang letak bendi tapi boleh ganti kundur dan labu air.
  • Selepas masukkan ikan, perlahankan api supaya ikan masak perlahan – lahan dan tak hancur.
Video
Pengenalan

Jom masak menu simple tapi cukup nostalgia bagi Che Nom iaitu Ikan Kembung Masak Singgang. Resepi ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunaan minyak dan tidak perlu perlu menumis. Ada rasa rempah segar yang direbus, ada rasa masam dan rasa pedas dari cili padi. Memang sangat segar rasanya bila menghirup kuah.

Kalau rasa tak sedap tekak, tapi nak makan sup sudah agak biasa. Jadi sesekali kita tukar dengan menu singgang ikan kembung, cuma perlu pastikan guna ikan fresh.

Nak kata menu bajet pun tidak juga sebab ikan pun dah kategori lauk kayangan sekarang ni. Apa-apa pun memang mudah dan sedap sangat menu ni.

Diterbitkan pada 22 Ogos 2022227.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru