Udang Masak Sweet Sour

Hi Semua,Kali ini…Che Nom nak masak menu yang pasti laku keras kalau hidang kat family Che Nom. Yang pertama kita kana masak udang sweet sour kuah pekat melekat dan mengancam. Udang sweet sour ni memangg pekat kuahnya, rasa manis seafood dari udang yg fresh, dari rasa tomato segar,dan juga nenas memang pelengkap segala rasa. Che Nom akan tunjukkan teknik dan resepi masak sweet sour cara Che Nom sejak dari dulu lagi. Memang sedap dan menjadi kegemaran keluarga.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk udang sweet sour:
    • ¼ cawan minyak masak
    • 8-10 ekor udang besar
    • Sedikit serbuk kunyit dan garam
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang merah
    • 1 inci halia
    • 2 sudu besar cili kisar
    • 1 biji tomato
    • ½ cawan sos cili
    • 1-2 sudu besar sos ikan
    • 1 potong nenas
    • Sedikit air
    • Garam dan gula secukup rasa
    • 1 sudu kecil sos tiram
    • ½ biji bawang holland
    • Daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk udang sweet sour:
    1. Cincang halus bawang putih, bawang merah kecil dan halia.
    2. Hiris kasar tomato dan bawang holland serta potong kecil nenas.
    3. Gaul udang bersama sedikit garam dan kunyit. Kemudian, goreng udang separuh masak lalu angkat dan ketepikan.
    4. Gunakan minyak gorengan udang dengan menumis bahan cincang halus sehingga kekuningan dan naik bau. (tambah minyak jika minyak terlalu sedikit).
    5. Masukkan cili kisar dan kacau sekejap sehingga pecah minyak lalu masukkan tomato sampai ia kelihatan lembut dan hancur kasar.
    6. Masukkan sos cili, sos ikan, ketulan nenas dan sedikit air.
    7. Tambah gula perang/gula putih, garam secukup rasa dan sedikit sos tiram (optional)
    8. Masukkan hirisan bawang merah dan kemudian masukkan udang. Gaul kesemua sehingga masak.
    9. Tabur sedikit hirisan daun bawang dan udang sweet sour siap untuk dihidang.

Tip:

  • TBD

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.