
Resepi Sweet Bun
Resepi Sweet Bun dengan kismis, yang sangat lembut menggunakan water-roux paste.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 21 Oktober 20133.5K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 2 3/4 cawan tepung roti
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar susu tepung
- 1/3 cawan gula halus (castor sugar)
- 3/4 sudu kecil garam
- 2 1/2 sudu kecil serbuk yis
- 1 biji telur
- 140 ml air suam
- 3 sudu besar mentega, suhu bilik
- 1/2 cawan kismis hitam
- 25g (kurang sedikit 2 sudu besar) tepung roti
- 125ml (1/2 cup) air
Cara Memasak
- 1Masukkan tepung dan air di dalam periuk kecil dan kacau di atas api sederhana perlahan sehingga menjadi pekat tetapi tidak perlu sehingga mendidih. Cukup sekadar suhu anggaran 65 darjah celcius.
- 1Bahagikan doh kepada 16 bahagian yang sama rata dan susun di dalam loyang.
- 21Ayak tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula halus dan garam di dalam mangkuk.
- 3Larutkan serbuk yis di dalam air suam dan biarkan selama 2-3 minit. Ini adalah bertujuan untuk membangkitkan/meghidupkan kembali yis. Tuang bancuhan tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung besama dengan water roux paste.
- 4Kacau telur dan masukkan ke dalam adunan dan uli sehingga sebati bersama dengan mentega dan kismis. Teruskan uli selama 5-10 minit.
- 5Masukkan doh di dalam mangkuk dan tutup dengan plastic wrap. Biarkan di tempat yang agak panas sehingga doh mengembang menjadi saiz kali ganda.
- 6Apabila doh sudah mengembang, uli doh tadi di atas papan yang ditaburkan sedikit tepung. Uli selama 5-10 minit (boleh ditaburkan sedikit tepung semasa proses menguli sehingga doh tidak melekat di tangan).
- 7Jika menggunakan mixer, masukkan semua bahan dan uli sehingga doh sebati dan tidak melekit dan kemudian masukkan kismis di akhir proses menguli.
- 8Biarkan sehingga kembang dan bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 15-20 minit.
- 9Angkat dan sejukkan di atas rak.
Petua & Panduan
- •Anda boleh bahagikan doh kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk loaf dan lagi satu bahagian untuk dibahagikan kepada 8 saiz kecil untuk bun.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Baru
Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Baru
Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025





