![Ayam Sweet Sour](/images/recipes/62e2c076b8f3ec95f8144f1ed09fe0424b42d0be.jpeg)
Ayam•
Ayam Sweet Sour
Resepi Ayam Sweet Sour atau Ayam Masam Manis
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 13 Julai 20143333 paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Video ini terkunci. Sila langgan untuk akses.
Bahan-bahan
- 300g dada ayam, potong dadu
- 3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
- 1/2 biji capsicum hijau
- 1 biji bawang besar
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 inci halia, hiris nipis
- 1 biji tomato, potong dadu
- 1 sudu besar sos ikan
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar cili kisar
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- Nenas, potong dadu (pilihan anda)
- Daun bawang
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak
- 1Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
- 2Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
- 3Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.
- 4Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
- 5Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
786 Resipi
Lihat profil Che_NomResipi Berkaitan
![Ayam Masak Hitam](/images/recipes/b1f4d0704ae54b77cea3b63af94f7a4178de0b6b.jpeg)
Ayam Masak Hitam
Sesuai dimakan bersama nasi tomato atau nasi briyani. ...
![Sambal Pedas Ayam](/placeholder-recipe.jpg)
Sambal Pedas Ayam
Resepi Sambal Pedas Ayam ...
![Ayam Percik](/images/recipes/7d3fcaf29b334b3aa47d2d27127297470fff0351.jpeg)
Ayam Percik
Resepi Ayam Percik berkuah merah Kelantan style. ...
![Ayam Goreng Berempah Madu](/images/recipes/dad1eacbcabc08a9bdfbd9f62df990057c605217.jpeg)
Ayam Goreng Berempah Madu
Resepi Ayam Goreng Berempah Madu mudah dan sedap ...
![Ayam Kung Pao](/images/recipes/ea7f04c491e19b7fef6b73efd1b25f18c963103d.jpeg)
Ayam Kung Pao
Resepi Ayam Kung Pao, masakan ala Cina yang sedap. ...
![Ayam Masak Kicap](/images/recipes/f1a335f3b0985bf0f9c7d6057ffba7ded7095891.jpeg)
Ayam Masak Kicap
Resepi Ayam Masak kicap mudah yang Sedap dimakan bersama nasi panas! ...