Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda Dan Udang
Masak Lemak Cili Padi nangka muda dengan udang memang padu, kuah lemak pedas yang buat nasi bertambah. Lagi wangi dan sedap bila guna kunyit hidup.

Bahan-bahan
Cara Buat Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda Dan Udang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan udang dan ketepikan (Che Nom belah belakang udang dan buang 'tali hitam')
- 2Bersihkan nangka muda, potong kecil dan rebus sehingga lembut. Toskan.
- 3Masukkan nangka ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan santan cair. Rebus di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
- 4Masukkan serai, asam keping, udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Kuah perlulah selalu dikacau supaya santan tidak berketul.
- 5Masukkan daun kunyit bersama dan perasakan garam dan gula secukupnya.
- 6Angkat dan hidangkena bersama nasi panas.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 6 hidangan
- Kalori
- 275 kcal
- Protein
- 5 g
- Karbohidrat
- 14.5 g
- Lemak
- 22 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 530 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Tajuk sebut udang tetapi senarai bahan TIADA udang — anggaran ini tidak termasuk udang.
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; dianggar 6.
- Santan pekat 2 cawan menyumbang hampir semua lemak.
- Garam tidak disenaraikan; dianggar 1 sudu kecil untuk seluruh periuk.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang, memang menu yang sangat membuka selera. Nangka muda mudah didapati di pasar basah, selalunya dijual dalam potongan memanjang dan sudah dikupas kulitnya.
Memang sedap gandingan nagka muda bersama udang, dan rahsia utama masak lemak cili padi yang sedap ialah penggunaan kunyit segar atau kunyit hidup. Jika tak ada kunyit hidup tidak megapa, boleh juga digantikan dengan kunyit serbuk tetapi rasa dan aromanya tidak sama.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









