Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas

Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas, Resepi terbaik untuk penggemar udang dan masak lemak cili api.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilogram udang
  • Bahan untuk di kisar:
    • 4 ulas bwg merah
    • 3 ulas bwg putih
    • 1 1/2 inci kunyit hidup
    • 15 biji cilipadi
  • Bahan-bahan lain:
    • garam dan gula
    • 2 batang serai
    • 3 cawan santan
    • 1/2 biji nenas dipotong ikut kesukaan

Cara Penyediaan:

  1. Bahan kisar di masukkan kedalam periuk
  2. Masukkan nenas,bersama santan dan serai, masak sehingga nenas lembut
  3. Sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras
  6. Tutup api dan hidangkan.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.