ResepiCheNom
Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan orang

Udang galah masak lemak cili api yang padu, kuah berlemak pedas dengan aroma daun kunyit segar memang naik selera. Guna udang segar, lagi manis dan sedap.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1 kg udang galah1 kg udang galah
  • 4 batang kacang panjang, patahkan sepanjang 3cm4 batang kacang panjang, patahkan sepanjang 3cm
  • 2 helai daun kunyit, carikkan2 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 batang serai, dititik atau ketuk2 batang serai, dititik atau ketuk
  • 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair (dari 1/2 biji kelapa)1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1-2 keping asam gelugor1-2 keping asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus

  • 8-10 biji cili padi8-10 biji cili padi
  • 2 ketul kunyit hidup, kikis kulitnya2 ketul kunyit hidup, kikis kulitnya
  • 6-8 biji bawang merah6-8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (optional)2 ulas bawang putih (optional)

Cara Buat Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bersihkan udang dan potong janggutnya. Ketepikan.
  2. 2
    Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, udang galah dan serai yang dititik tadi. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  3. 3
    Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan kacang panjang.
  4. 4
    Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Apabila kuah mendidih dan kacang panjang tadi masak lembut, terus tutup apinya.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh juga digunakan santan kotak (1 kotak santan 200ml untuk resepi ini dan ditambah sedikit air)
  • Kuah harus dimasak di atas api yang perlahan dan harus kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan berketul.
  • Udang galah pula tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti isi akan keras dan kurang sedap.
Video
Pengenalan

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api yang memang sangat sedap dan membuka selera. Jika ada udang galah yang segar, boleh lah cuba masakan ini. Bagi Che Nom, masak lemak cili api yang sedap terletak kepada dua kunci utama iaitu seafood yang segar dan penggunaan daun kunyit yang segar dalam kuahnya. Aroma dari daun kunyit sungguh harum dan menyelerakan.

Cara penyediaan tidaklah susah sangat, cuma seperti yang disebutkan di atas tadi, penggunaan bahan-bahan yang segar amatlah penting. Ada resepi masak lemak cili api yang langsung tidak menggunakan bawang di dalam kuahnya, tetapi versi ini Che Nom memang gunakan bawang dalam resepi ini. Kalau tak suka kacang panjang boleh juga digantikan dengan nenas atau belimbing buluh. Anda boleh cuba dan diharap berpuas hati dengan hasilnya.

Diterbitkan pada 28 Januari 2017175.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru