Ayam Popcorn Sambal Manis

Ayam popcorn sambal manis, hidangan yang mudah tapi gerenti sedap. Ketulan isi ayam yang bersalut tepung digoreng rangup, kemudian disalut pulak dengan kuah sambal yang pekat pedas dan manis. Kalau sesiapa yg kat rumah tu bhgn isi ayam tak berapa nk laku, boleh masak menu ni, confirm habis licin bila hidang. 


Bahan-bahan:

  • Nota: nak campur bahagian bertulang pun ok, janji potong kecil-kecil.
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 1 1/2 sudu besar cili kisar
  • Bahan-bahan untuk ayam popcorn:
    • 3-4 ketul dada ayam
    • Sedikit garam
    • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 biji telur
    • 1-2 cawan tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • 1 cawan minyak masak
    • 1/2 biji bawang besar
    • 3 sudu besar sos cili
    • 3-4 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu besar gula
    • 1/2 sudu besar sos tiram
    • 1 biji tomato
    • 10-15 biji cili padi
    • Air secukupnya untuk kuah
    • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Potong dadu isi ayam.
  2. Gaul ayam dengan garam, serbuk kunyi dan telur.
  3. Salut ayam dalam tepung jagung sedikit demi sedikit.
  4. Potong kasar bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar dan tomato.
  5. Buang tangkai cili padi, tak perlu potong.
  6. Blander bawang merah, bawang putih, halia, cili kering (direbus) dan air sedikit.
  7. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai rangup, angkat dan ketepikan.
  8. Tumis bawang besar sampai layu .
  9. Masukkan bahan kisar halus dan sedikit air, masak sehingga pecah minyak.
  10. Masukkan sos cili, kicap manis, air, gula (lebihkan), sos tiram (optional), garam, cili padi dan tomato.
  11. Masak sampai pekat dan akhir sekali perlahankan api dan masukkan ayam goreng pop corn.

Tip:

  • Tabur sedikit tepung jagung atas ayam yg disalut tadi supaya ayam tak melekat masa masak.
  • Jangan tumis bawang besar sampai kering sebab bawang besar lembut akan beri rasa yang manis pada masakan.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.