![Ayam Goreng Korea Super Rangup](/images/recipes/Ayam_Korea_1_x_1.jpg)
Ayam Goreng Korea Super Rangup
Nak tengok cara masak ayam goreng korea dengan resepi salutan yg baru? Jom tengok resepi ni. Ayam biasanya Che Nom akan guna bahagian kepak yang diperap dulu dengan beberapa bahan supaya menyerap rasa, dan kali ni kita gaul ayam dengan salutan tepung basah sebelum disalut lagi sekali dengan adunan tepung kering supaya lebih melekat dan rangup ber kriuk salutan ayam goreng nanti. Kemudian Che Nom akan sediakan sos salutan ayam goreng dengan menggunakan pes cili dari Korea, atau pes cili gochujang. Bila ayam yang panas dan rangup tu disalut dengan sos yang pedas, manis, masin secukup rasa tabur pulak dengan bijan yang disangai,memang sedap & berbaloi tau masak sendiri.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 800g / 10 ketul kepak ayam
- 2-3 ulas bawang putih
- 1/2 -1 inci halia
- 1 biji putih telur
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil garam
- 5 sudu besar tepung gandum
- 5 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit air
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung jagung
- 2 sudu besar tepung beras
- 1/2 sudu besar serbuk perasa Sedap
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil garam halus
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 ulas bawang putih
- 3-4 sudu besar pes Gochujang
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar madu
- 1-2 sudu kecil gula perang
- Sedikit air
- 2 sudu besar bijan
- 1Ayam bahagian kepak, kalau besar potong dua (kalau nak guna bahagian lain pon boleh tapi potong kecil-kecil).
- 2Pecahkan telur dan ambil telur putih.
- 3Parut halus bawang putih dan halia. Masukkan dalam ayam.
- 4Masuk serbuk lada hitam, garam dan telur putih.
- 5Gaul sebati bahan tadi.
- 6Masukkan tepung gandum, tepung jagung, air dan sos tiram.
- 7Kacau sebatidan ketepikan.
- 1Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung jagung, tepung gandum, tepung beras, serbuk perasa Sedap, serbuk penaik dan garam. Kacau sekata.
- 2Salut sebati ayam.
- 3Panaskan minyak dan goreng ayam sampai agak keperanggan.
- 4Angkat ayam dan ketepikan.
- 5Goreng semula ayam sampai perang keemasan.
- 1Sangai bijan dalam 3-4 minit atau naik bau bijan. Angkat dan ketepikan.
- 2Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang.
- 3Masukkan pes Gochujang, kicap manis, air sikit, madu dan gula perang. Kacau sampai masak pekat
- 4Masukkan ayam goreng dalam sos salutan dan gaul sekata ayam goreng dan sos salutan.
- 5Tabur dengan bijan sangai untuk hiasan.
- •Adunan jangan terlalu pekat atau cair takut tepung salutan tak melekat.
- •Tambah air sikit-sikit semasa masak sos salutan supaya tak hangus.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Ayam Masak Cili Kering](/images/recipes/ayam_cili_kering_8h3bqoo.jpg)
Ayam Masak Cili Kering
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 m...
![Ayam Goreng Korea Rangup dan Sedap](/images/recipes/Ayam_Korea_final.jpg)
Ayam Goreng Korea Rangup dan Sedap
Che Nom akan sediakan Dakganjeong atau Ayam Goreng Korea yang bersalut dengan sos istimewa. Ayam Goreng Korea ...
![Ayam Masak Butter](/images/recipes/Ayam_Butter.jpg)
Ayam Masak Butter
Untuk kali ini, Che Nom akan kongsi resepi ayam masak butter versi baru. Ketulan isi ayam yang diperap dengan salutan te...
![Ayam Berempah Buat Berniaga Pasti Laris](/images/recipes/Ayam_Berempah.jpg)
Ayam Berempah Buat Berniaga Pasti Laris
Kali ni Che Nom nak kongsi resepi ayam goreng berempah, yang sesuai sangat kalau kita makan dengan nasik lemak, nasi put...
![Ayam Goreng 3X Pedas Ala Mcd](/images/recipes/Ayam_MCd-2.jpg)
Ayam Goreng 3X Pedas Ala Mcd
Kali ni Che Nom nak share resepi ayam goreng pedas & rangup, inspirasi dari ayam goreng McDonalds pedas 3x. Pada resepi ...
![Ayam Kung Pao Special](/images/recipes/Ayam_KungPao_3_IG.jpg)
Ayam Kung Pao Special
Hi Semua, untuk kali ini kita masak menu Chinese style pula iaitu Ayam Kung Pao. Ayam Kung Pao versi dalam video ini ta...