Ayam Goreng Korea Cheese Bertali

Kalini Che Nom nak share resepi Ayam Goreng Korea bersalut cheese yang cukup rangup, ada rasa pedas manis pada salutan ayam. Bila makan dengan salutan cheese mozzarella yang lemak melted bertali, fuhh memang terbaik. Haii siapa yang tak suka cheese memang rugi. Boleh buat sendiri je di rumah, tapi feeling tu macamm makan kat restoran Korea.

Mula-mula kita perap ayam dengan bahan asas sebagai wet coating, kemudian kita salut pula ayam perap dengan tepung kering dan goreng secara deep fry sampai goden brown dan cukup rangup.

Lepas tu kita salut ayam goreng dengan sos gochujang yang pekat manis dan pedas. Akhir sekali baru lah kita panaskan Anchor Extra Stretched+ Mozzarella Cheese sampai lembut bertali dan balut pada ayam goreng korea. Cheese ni memang sedap berlemak, betul-buat buakan ayam goreng korea jadi another level.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan ayam goreng:
    • 700g ayam bahagian peha dan kepak
    • 1/2 inci halia
    • 1 ulas bawang putih
    • 1/2 sk lada hitam
    • 3 sb tepung goreng ayam segera original
    • Sedikit air
    • Tepung segera secukupnya (utk gaul)
  • Bahan-bahan sos gochujang:
    • 3 sb minyak masak
    • 1 ulas bawang putih
    • 3 sb pes gochujang
    • Sedikit air
    • 1/2 sb gula perang
    • 2 sb madu
    • 1 sb kicap manis
    • 1-2 sb bijan
    • 250g Anchor Extra Stretch Mozzarella Cheese

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara ayam goreng:
    1. Gaul ayam dengan halia parut, bawang putih parut, lada hitam, tepung goreng segera original dan sedikit air.
    2. Perap dalam peti sejuk 15 minit.
    3. Salut ayam perap dengan tepung goreng segera.
    4. Goreng ayam sampai perang kemudian angkat dan toskan.
    5. Goreng ayam kali kedua sampai rangup dan ketepikan dulu (kalau tak nak goreng 2 kali, boleh goreng sekali sampai betul-betul rangup).
  2. Cara-cara sos salutan:
    1. Cincang kasar bawang putih.
    2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
    3. Masukkan pes gochujang, air sikit, gula perang, madu dan kicap manis. Masak sampai naik buih.
    4. Masukkan ayam goreng dan bijan sangai kemudian tos sebati.
    5. Cairkan Anchor Extra Stretch+ Mozzarella Cheese.
    6. Tarik keju dan lilit disekeliling ayam.

Tip:

  • Kelar bahagian peha ayam untuk cepat masak bila goreng.
  • Beli tepung goreng yang original, sebab nanti kita akan salut dengan sos gachujang, kacau lah rasa kalau kita guna tepung berempah pedas.
  • Salut ayam bila minyak dah panas dan pastikan minyak cukup, anggaran tenggelam ayam.
  • Goreng ayam sampai keluar darah dari tulang dan warna bertukar gelap.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.