Senarai resepi Che Nom di bawah kategori Nasi pulut dan bubur

Nasi Ala Kak Wok

Hi semua. Kali ini, Che Nom nak masak hidangan lengkap yang menarik dan sedap rasanya, iaitu Nasi ala Kak Wok. Resepi ini bukan lah dari resepi asal tapi Che Nom ada olah ikut bahan apa yang ada di dapur. Nak sediakan pun tak susah, cuma ada beberapa bahagian penyediaan untuk …

Nasi Tomato dan Acar Timun ala Lauk Pengantin

Untuk resepi kali ni Che Nom akan kongsikan resepi Nasi Tomato dan Acar Timun, atau sesetengah orang panggil Jelatah. Sebelum ni Che Nom dah share resepi Ayam Masak Merah ala lauk Pengantin yang sangat sesuai jika dipadankan dengan Nasi Tomato dan Acar Timun ni. Hidangan yang sangat membuka selera, memang …

Nasi Goreng Tomyam

Hi semua, tiba-tiba terasa rindu pulak dengan makanan restoran Thai lepas raya ni….jadi harini Che Nom nak masak Nasi Goreng Tomyam..Rasa masam2 dan beraroma dari tomyam paste, ditambah pulak dengan pedas dari cili padi dan beberapa bahan penting lain…cukup sedap kalau dihidang panas-panas

Nasi Briyani Pakistan

Nasi Briyani Ayam style Pakistan yang sungguh lembut, fluffy dan cukup lengkap rasanya. Cara masaknya agak berbeza iaitu beras perlu direbus dan dibuang kanji dahulu…sbb tu lah nasi jadi lembut sgt dan mudah nak masak sbb kita tak perlua agak sukatan air. Kemudian dilapis dengan lauk yg kita masak.NOTA: 1/2 …

Nasi Goreng Cili Padi Pedas

Nasi goreng cili padi yang pedas menyengat, menu mesra utk dapur bujang atau kalau nak masak waktu tempoh pengasingan di rumah. Siapa yg mintak sgt resepi untuk org bujang tu, jom tgk cara Che Nom masak nasi goreng ni. Kalau makan dgn teh o atau kopi o memang layan.

Nasi Goreng Cendawan Istimewa

Nasi Goreng Cendawan yang kebiasaannya terdapat di restoran Melayu dan Thai, sangat mudah disediakan dan sedap.Che Nom guna cendawan tiram yang dicarik kasar dalam resepi ini. Apa yang istimewa adalah aroma daripada cendawan yang digoreng bersama nasi memberikan kelainan kepada nasi goreng ini. Pastikan cendawan adalah segar dan lebihkan cili …

Nasi Lemak Tumis

Resepi Nasi Lemak yang saya adaptasi dari resepi kak Azlita Aziz di video instagram nya. Selalunya Che Nom tak gunakan kaedah menumis kalau masak nasi lemak, tapi bila tgk kak Ita masak nasi lemak gunakan cara menumis teringin pula nak cuba. Memang betul-betul sedap kerana nasi lemak ini akan lebih …

Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Cina, sejenis nasi goreng yang sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak atau untuk orang yang tidak suka dengan makanan pedas. Untuk resepi ini Che Nom gunakan kiub ayam, minyak bijan dan lada sulah sebagai penambah rasa kerana nasi goreng cina ni memang tidak banyak bahannya dan warnanya juga harus …

Bubur Nasi Udang Istimewa

Resepi Bubur Udang Istimewa yang selalu Che Nom sediakan untuk anak-anak jika rasa kurang sihat dan tidak berselera untuk makan. Gunakan udang segar supaya rasa manisnya dapat menambahkan lagi kesedapan bubur nanti.  Sila rujuk bahagian tips untuk cara memasak bubur dengan cepat. 

Nasi Ayam Penyet

Resepi Nasi Ayam Penyet, masakan indonesia yang sangat popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Agak remeh untuk menyediakan hidangan ini tetapi sangat berbaloi kerana hasilnya sangat memuaskan dan sangat sedap. Pasti anda sekeluarga akan suka, jika nak makan di luar kos unuk satu hidangan agak tinggi. Kalau masak sendiri sangat …

Nasi Goreng Pattaya

Resepi Nasi Goreng Pattaya, masakan yang berasal dari Thailand dan sangat popular di Malaysia. Nasi goreng dibungkus dalam lapisan nipis telur dadar dan dilipat berbentuk empat segi. Selalunya dihidang bersama timun dan tomato. Kalau selalunya kita makan di restoran, apa kata cuba buat sendiri di rumah untuk dihidangkan kepada ahli …

Pulut Kuning Kukus

Resepi pulut kuning yang tak susah sangat untuk dimasak. Kunci utama kesedapannya ialah gunakan santan pekat yang segar dan bancuh bersama garam sehingga masin dan bangkit lemaknya. Macam tu la bonda Che Nom ajar dulu. Beras pulut pula harus direndam semalaman supaya lembut apabila dikukus. Jika rendam tak cukup masanya …

More