Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Nasi Goreng Cili Padi Pedas

Prep 15 minMasak 15 minJumlah 30 minHidangan 3 orang

Nasi goreng cili padi pedas menyengat, paling sesuai untuk dapur bujang atau masa duduk rumah. Makan panas-panas dengan teh O atau kopi O memang layan.

Nasi Goreng Cili Padi Pedas

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Tumbuk Kasar

  • 6-8 biji cili padi6-8 biji cili padi
  • 3 biji bawang merah3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih

Bahan Untuk Lain

  • sedikit minyaksedikit minyak
  • 1 mangkuk ikan bilis1 mangkuk ikan bilis
  • sayur lobak merahsayur lobak merah
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 3-4 cawan nasi3-4 cawan nasi
  • 1/4 - 1/2 sudu kecil lada sulah1/4 - 1/2 sudu kecil lada sulah
  • garam, secukup rasagaram, secukup rasa
  • serbuk perasa sedap, optionalserbuk perasa sedap, optional
  • **telur goreng, untuk dihidang**telur goreng, untuk dihidang

Cara Buat Nasi Goreng Cili Padi

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong kasar cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  2. 2
    Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  3. 3
    Kacang panjang bersihkan dan hiris kasar.
  4. 4
    Potong dadu carrot.
  5. 5
    Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing kemudian angkat.
  6. 6
    Dengan minyak yang sama tumis bahan tumbuk kasar tadi.
  7. 7
    Bila dah garing masukkan carrot.
  8. 8
    Pecah masuk telur dalam kuali (biar telur masak sikit baru kacau).
  9. 9
    Masukkan nasi.
  10. 10
    Kacau sampai semua bahan sekata.
  11. 11
    Masukkan kacang panjang, lada sulah, garam dan serbuk penambah rasa.
  12. 12
    Masukkan ikan bilis goreng tadi.
  13. 13
    Teruskkan kacau sampai nasi tak berketul dan garing.
  14. 14
    Che Nom tambah telur goreng atas hidangan ni.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang

Kalori
640 kcal
Protein
28 g
Karbohidrat
60.5 g
Lemak
30 g
Serat:
1 g
Gula:
1.5 g
Natrium:
850 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Telur goreng untuk hidangan (1 biji setiap orang) DIKIRA dalam anggaran ini.
  • 'Sedikit minyak' dianggarkan 3 sudu besar untuk menumis.
  • '1 mangkuk ikan bilis' dianggarkan 60 g ikan bilis kering.
  • 3½ cawan nasi dikira 600 g nasi masak.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Nasi sejuk semalaman/ nasi yang baru masak tapi kurangkan air sikit.
Video
Pengenalan

Nasi goreng cili padi yang pedas menyengat, menu mesra utk dapur bujang atau kalau nak masak waktu tempoh pengasingan di rumah.

Siapa yg mintak sgt resepi untuk org bujang tu, jom tgk cara Che Nom masak nasi goreng ni. Kalau makan dgn teh o atau kopi o memang layan.

Diterbitkan pada 28 April 202034.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru