
Resepi Bubur Nasi Udang Istimewa
Prep 10 minMasak 30 minJumlah 40 min
Bubur Nasi Udang Istimewa ni memang sesuai bila badan tak sihat dan tekak kurang selera. Guna udang segar bagi rasa manis, bubur pun jadi lagi sedap dan berkhasiat.
Bahan-bahan
Cara Buat Bubur Nasi Udang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan beras dan rebus bersama air yang secukupnya sehingga lembut.
- 2Masukkan udang, bawang putih, halia, karot, ubi kentang, serbuk lada dan kiub ayam. Masak sehingga sayur lembut. Tambah air dan teruskan masak supaya bubur benar-benar lembut. Masukkan garam secukup rasa.
- 3Hidang bersama ikan bilis goreng, bawang goreng, daun bawang, cili potong dan kicap.
Bantuan Semasa Memasak
Pengenalan
Resepi Bubur Udang Istimewa yang selalu Che Nom sediakan untuk anak-anak jika rasa kurang sihat dan tidak berselera untuk makan.
Gunakan udang segar supaya rasa manisnya dapat menambahkan lagi kesedapan bubur nanti.
Sila rujuk bahagian tips untuk cara memasak bubur dengan cepat.
Diterbitkan pada 14 Februari 20187.7K paparan













